Heyyy.. Gambar kat atas tu takde kena mengena tau.Saja jer nak letak..heeeheeh.
MUSIM HUJAN
Pertengahan bulan October dah ni.Maka musim hujan pun telah tiba.Huhuhuhu.. Korang dah standby makanan ke tu? Ehehehe.Maklumlah,bila dah memasuki musim hujan tanpa henti.Pastinya kita semua malas nak keluar rumah kan? Betul ke? Ehehe.Mungkin segelintir lah kan.
Ohh,ya.Ina berada di Kuantan iaitu di Pantai Timur.Dalam minggu ini sahaja,sudah 3 hari hujan.Matahari pun macam malu-malu nak keluar.Air pun sejuk jer bila nak mandi ni haa.Errkk! Macam mandi ais.
Mujurlah resdung ina ni tak de lah kuat mana.Hihihi.Jika tidak dahulu,semasa bujang.Pantang sikit sejuk.Mesti terbesin je pagi-pagi.Hidung pula berair nauzubillah.. Haihhh.
RUMAH PAPAN BERATAPKAN ZINK
Setiap kali musim tengkujuh tiba.Ina memang takut tau.Dah jadi fobia.Lagi-lagi hujan yang di sertai hujan ribut petir di sulami angin kencang.Huuuuh! Minta sangat di jauhkan.
Mengimbau kisah lalu,sewaktu ina berusia 5 tahun.Ketika itu,hujan ribut.Kediaman tak lah mewah,macam orang zaman sekarang ni.Duduk perumahan.Rumah batu tu semua.
Okaylah..serba sedikit gambaran suasana rumah ina dahulu semasa kecil.
Dilahirkan sebagai orang susah.Hanya berteduh di bawah zink.Berlantaikan serta berdindingkan papan.Sangat susah tika itu.Iyalah,hanya abah sahaja yang bekerja serta keluarga kami yang terdiri dari 5 orang adik beradik serta bersama 2 orang ibu saudara.
POKOK KELAPA MENGHEMPAP RUMAH
Satu malam..,rumah kami di hempap sebatang pokok kelapa.Hancur kediaman kami ketika itu.Pada asalnya,hanya blackout.Dan nak di jadikan cerita,sebelum blackout.. Ina duduk bersebelahan ibu saudara yang sedang menggosok pakaian kerja keesokan harinya.
Ala,zaman dahulu.Sekitar tahun 1992,kami menggunakan seterika jenis arang.Hihii.Setiap kali seterika sudah kehabisan arang.Maka,pengguna akan membuka tempat seterika tersebut bagi memasukkan arang di bahagian badan seterika.Agak leceh..tetapi,itulah yang kami ada.
Dan,semasa blackout itulah...,zapppp. Pengepit panas terkena lengan ina ni.Dan sehingga sekarang lah masih ada parut tu.Bekas pengepit arang seterika.Hahhaha.
Kami seperti dalam babak lakonan drama..pabila pokok menghempap rumah papan kami.Jiran-jiran semua seolah menonton drama.Masing-masing membuka pintu dan sekadar melihat kami sekeluarga bertempiaran lari dan menyelamatkan diri masing-masing.Dengan kilat beserta angin kencang.
Mungkin ketika itu,allah nak gantikan yang lebih baik buat kami sekeluarga.. Yup,selepas insiden berikut.Kehidupan kami semakin bertambah baik dari hari ke hari.Alhamdulillah juga,umur di panjangkan oleh allah s.w.t.Dan insiden ini lah yang buatkan ina sering dalam ketakutan.
Ohhh,untuk pengetahuan korang semua.Kediaman ina terdahulu bersama keluarga amat dekat dengan pantai.Setiap malam,jam 12 tengah malam ke atas.Kami akan mendengar bunyi ombak menghempas.Takut tak? Ada yang cakap, takut tsunami menyerang.
0 Ulasan