Tadaaaa.. Zombie Kampung Pisang dah mari.Ekekeke.. Heyy! Ni 'Me Time' Ina tau.Agak lama sangat muka tak bermasker lah.Haa,semalam barulah berkesempatan nak bermasker.
Penting tau masker wajah ni.Seminggu 1 kali pun sudah okay.Errr,nak ke Spa..,duit tabung belum cukup lagi ni.Huhuhuhu..Jadinya,DIY sahaja lah.Sementara nak cukup duit tabungan tu penuh.. Erkkk...
Khasiat Memakai Masker Dari Buah AVOKADO
1. Kesan dia serta merta,sebab anak sulung Sara yang berumur 6 tahun duk puji kata Kulit mama dah putih selepas hanya sekali sapuan masker Avokado. (Ehehehe.. yeke? Errr..,budak-budak kan..)
2. Kulit jadi Segar.Sangat lembab.Kenyal (adeiii..dah macam marshmallow pula yer)..tapi betul... kulit jadi elastik.
3. Dapat mencegah penuaan kulit.
5. Fungsi lain masker Avokado ialah mengecilkan liang pori yang terbuka.Eheheh..,tulah motif utama ina sebenarnya.
6. Kulit jadi semakin halus sebab salah satu fungsi masker ialah membuang kulit mati.
Cara Menghasilkan serta Menggunakan Masker Avokado
1. Potong halus dan masukkan ke dalam mesin jus bagi mendapatkan pati Avokado.
2. Kulit jangan di buang yea.
3. Lumurkan pati Avokado terus ke seluruh wajah.Jika dibiarkan beberapa saat,warna masker tersebut bertukar kepada warna seperti dalam gambar.Ikutkan pati avokado tu,warna nya warna hijau epal.Cantik sangat.
4. Biarkan selama 10-15 minit masker di wajah korang sehingga kering.(Jangan pakai masker sampai tertidur pula yea..Nanti akan mengeringkan kulit korang tu)
5. Bilas dengan air bersih atau air suam.
Nak jadi cantik,mudah jer kan? Janji korang rajin dan konsisten menjaga rutin kecantikan kulit wajah.Modal pun RM 3 bagi sebiji buah avokado.Bukanlah setiap hari guna..seminggu sekali sahaja ni.Ohhh,khas untuk kulit kombinasi sahaja.Ehehehe.. Selamat mencuba!
2 Ulasan
wow. tp ray suke makan avocado. cane niiii hahha
BalasPadamwahhh..lagi bagus tu.Akak takleh telan jus avokado..hihihi.Awet muda lah awk..,tapi salah satu khasiat avokado dapat mencegah breast kanser.
Padam