Nilai Seorang Blogger



Sedikit luahan dari lubuk hati..



Sebenarnya kan, ina bukanlah seorang blogger yang demanding.Tak..Tetapi cuba lah korang fikir.Duduk di tempat blogger..
Nak ke hadiri event hanya semata  diberikan goodies bag sahaja dan event berlangsung separuh hari atau seharian..? Goodies bag pula tak sampai RM 100 pun ada. Sedih sangat... 


Ohh.. lagi lah pula kos nak ke sesuatu event tu.Kami guna duit untuk bergerak untuk ke sana tau.Kena isi petrol.Macam ina kena pula tinggalkan anak-anak dengan orang untuk di jaga..Fuhh! Sakit kan? Duit lagi tu. 



Quality Time 



Nak lagi masa berkualiti ina di habiskan begitu sahaja.Masa bersama anak-anak,keluarga dan rumah tangga.Semuanya habis jika ambil event yang tidak berbayar. Tiada langsung pulangan.Yang dapat? Penat sahaja.Balik dari event,blogger kena update pula entri.Socmedia lagi lah.. Nampak macam best.Tapi tak pun.




Tidak Mengejar Populariti 


Jenis ina bukanlah nak mengejar populariti.Asal ada event jer sapu.Kaut..biarpun event PERCUMA! Tidak yea..itu bukan lah diri ina. Yea,Ina sedar.Walau bukan blogger hot,blogger famous sekalipun.. tetapi itu lah nilai ina sebagai seorang blogger.


Buat masa sekarang,ina  menerima beberapa sponsorship  sebagai blogger melalui emel sahaja.Alhamdulillah..


Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi invite ke event.






Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. At least kalau pergi event biarlah menguntunakan kedua-dua belah pihakkan....

    BalasPadam
  2. Yes.. Sebetulnya begitulah Bukan masalah kita ada nama atau nak popular. Tapi kita jaga kualiti kita sebagai Blogger.

    BalasPadam
  3. kena balance. tgk yg win2.. klu kaut semua free, yang kdg tu tak win2 langsung, itu mempergunakan diri sndr. huhu

    BalasPadam