Selamat Tinggal Kulit Kusam Dengan MILK PEEL CREAM MASK

Ha,sebenarnya Ina nak tunjukkan kepada korang satu produk Kbeauty dari Althea.  Iaitu Althea Milk Peel Cream Mask.



Produk kecantikan dari Korea



Tadaaaa! .. MILK PEEL CREAM MASK 


Apa yang Menarik Tentang MILK PEEL CREAM MASK ini?


  1. Bertindak dalam pengelupasan kulit .
  2. Mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan menghidupkan semula.
  3. Diformulakan dengan AHA & BHA untuk lembut tetapi berkesan menanggalkan sel-sel kulit mati.

3 BAHAN UTAMA Dalam Milk Peel Cream Mask 


Ekstrak protein susu 
- Melembapkan dan menguatkan kulit.

AHA & BHA 
- Menghilangkan sel-sel kulit mati yang mati untuk kulit yang licin .

Kaolin
- Mendetoksi dan menarik keluar kekotoran dari pori-pori.



    Cara Menggunakan Milk Peel Cream Mask :

1. Basahkan muka terlebih dahulu.
2. Goncang terlebih dahulu sebelum menggunakan Milk Peel Cream Mask ini.
3. Picit sedikit dan sapukan rata Milk Peel Cream Mask ke seluruh muka. (korang dapat rasakan seperti Milk Peel Cream ni akan berbuih.. seperti cream ni hidup tau)
4. Biarkan selama 30-60 saat di muka sebelum di bilas.
5. Cuci muka sebersihnya..


Tutorial pengguna skincare korea


Hahahaha.. takpelah.Asyik letak gambar cantik-cantik jer kan? Sesekali nak juga letak dalam blog ni gambar buruk.. Muahahaha~ 


Semasa dan selepas menggunakan Milk Peel Cream Mask


Perasan tak pada muka Ina tu? Berbuih .. macam buih syampu pula kan? Ehehehe. Best guna ni tau.. Berbau lembut. 

Selepas bersihkan muka.Rasa kulit cerah sedikit.Iyalah kan.. Kulit mati semua dah tanggal.Nampak skin bersih lahh..



Siapa Yang PERLU Menggunakan Milk Peel Cream Mask



Jenis Kulit Kombinasi


Pori Terbuka

Kulit Kasar, kulit sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut.
Kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas mengelupas.



Penjagaan sel kulit mati dengan AHA + BHA

• AHA / BHA: Double effect pengelupasan yang melicinkan kekasaran dan menghilangkan kotoran dari liang-liang 
• Penjagaan sel kulit setiap hari 
• Menghapuskan kekotoran luar pada liang dan permukaan kulit



Detoks kulit,clay mask,liang pori




Pastikan korang gunakan Milk Peel Cream Mask ni seminggu hanya 2 kali sahaja. Jangan guna setiap hari pula yerkk.


HARGA : RM 36.00
SAIZ : 50ml



Dapatkan produk kbeauty hanya di ALTHEA ! Pastinya original dari Korea.

Laman website :https://my.althea.kr/


Catat Ulasan

2 Ulasan