Detik Cemas Apabila Kereta Tak Boleh Start

kereta kancil tak boleh start,detik cemas,kereta



Beberapa hari lepas,hihi.Maaflah kisah dah lapuk.Tetapi nak juga masuk dalam entri.Kisah cemas ina bersama anak-anak.. 



Huhh,tragis lah juga bila di ingatkan kembali.Petang itu,selepas solat jumaat.Jalan dah tak jem,kami pun keluar lah cari makan petang.Eheheh..Anak-anak nak makan ABC dan keropok lekor hajatnya.


Lagipun,anak-anak ni semua selsema.Tak berapa sihat.. Tapi tekak nak makan macam-macam.Hahaha. Ina pula baru pulih dari cirit birit kritikal.Ehehe..Dah jadi fobia nak makan tau.Huhuuhu.. Jadi takut lah ia berulang jika silap makan lagi.



Singgah Makan Petang Di Warung KUYOE


Kedai makan yang menjadi tarikan kami adalah Warung KUYOE di Beserah.Antara menu yang di order adalah Mee Sup Perut, Set Kanak-kanak (fries,hotdog dan tempura nugget) , air sirap dan Milo Ais (2 gelas) . 

Cukuplah kami 4 beranak menjamu selera dengan menu ini sahaja.Itu pun,bungkus bawa balik,sebab anak-anak lebih suka bermain daripada makan.Haihh..jenuh nak bagi mereka ni habiskan tau..




Membeli Barangan Dapur 




Selepas kami kekenyangan,singgah pula ke PDM Bistro Mart.Macam biasa lah,anak-anak dah makin membesar.Setiap masa nak makan sahaja.Ehehehe..lagi-lagi musim hujan.Lagi lah cepat lapar kan? 


Beli tak banyak pun.Cukup dengan membeli biskut marie,aiskrim nestle sebekas, aiskrim cornetto 2 dan barangan lain lagi.Habislah kat situ RM 25.++ gituu.. 




Detik Cemas Berlaku



Entah apa nasib petang jumaat tu.Selesai membeli barangan dapur,kereta pula tak boleh start. Huhh! Ketar habis lutut masa ni tau. KREDIT pula expired. Asyik bertangguh aje nak topup dari minggu sebelumnya.Asyik nanti jer.. Dah ni..,menggelupur ina tau.


Beberapa kali cuba start,tetapi tak berani nak cuba lagi dan lagi.Bukan apa..,risau sangat kalau-kalau kunci pula yang patah 2 tu nanti.Ehehehe..Mana lah tau kan? Nasib makin malang ke..


PDM Mart pula tak jual topup.Deretan kedai topup tu pula,hanya jual REDone..ke Redtone.Hahahaha~~ tak ingat namanya.Hihihi..Kalut masa tu.


Dalam tengah kalut,perut pula buat hal.Sakit pula nak membuang.Haishhh! Kacau betul lah kan? Tapi nasib baiklah tak di layan perut ni.Mungkin tahap nervous yang tinggi.Sehinggakan jadi perut pun sakit ni..Ehehehe.


Errr...,Selepas 15 minit berlalu.Ina bertanyakan bengkel kereta berhadapan PDM Mart itu.Rupanya,bukan bengkel tu.Hahaha. Parking kereta.. Yang bengkel sebelah parking kereta sebenarnya. 


Antara perbualan  ina 

Seorang Pemuda (lebih kurang pertengahan 30-an) 


Ina : Bang, ni bengkel kereta ker?

Pemuda :  Ehh, tak.Ni parking kereta ofis kat depan tu. (Sambil senyum.. mungkin kelakar kot)


Ina : Ohhh.., Erm..Maaf yea. 


Pemuda : Takpe.. Jap,saya pergi tengok bengkel kereta sebelah tu yea.


Ina : ( Jenuh menunggu dan anak-anak di dalam kereta semuanya kepanasan.Semua teriak..,panik kejap ina ni haa.Nak uruskan 3 orang anak dengan situasi sekarang )


Beberapa minit kemudian..
Pemuda tadi hilang tanpa berita. Dan Ina pun berlalu pergi dan menuju ke kereta.


Cuba menghidupakan kereta.Pulas-pulas stereng.. Dan cuba start kereta.Entah macam mana,kereta kancil berjaya di hidupkan juga.Alhamdulillah..


Dan.. Pemuda tadi, nampak duduk bersembang di parking kereta deretan ina.Urmmm.


Pengajaran di sini,kaum perempuan.Kena banyak belajar lagi tentang kereta.Huhuhuhu... Khas untuk ina jer lah.Perempuan yang tak tahu apa-apa.Hanya pandai drive dan isi minyak sahaja.Lain-lain memang tak tahu.





Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Balasan
    1. erkk..,tak pasti pula bila last servis ni..Kita bawa jer.. suami yang hantar servis.

      Padam
  2. Kereta abe kie pun selalu alami masalah susah nak start. Yg peliknya ia berlaku di sek je. Dkt 20 kali gak pulas kunci baru hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuhh...lagi nervous kalo 20 kali.. apa rosak tu?

      Padam
  3. cik nor pun sama ina..pandai bawak n isi petrol jr..haha

    BalasPadam