Harini macam biasalah,setiap hari Isnin hingga Jumaat adalah rutin ina untuk mengambil Sara pulang dari Pra-sekolah.
Tak jauh pun,tapi kena jugak lah naik kereta.Ehehehe.Susah tau jika suri rumah yang tak boleh berdikari.Maksudnya,yang tak boleh drive kereta ataupun motor.Bagi suri rumah,memang wajib kena pandai ini semua.
Suri Rumah Memang WAJIB Pandai Drive
Dahulu kan,ina ni memang 100% bergantung kepada suami.Rasa...,Ohh.Loss betul masa tu.Semua tak pandai.. Pernah ada kawan di tempat kerja dulu selalu tazkirah.Kata rugi sangat tak pandai bawa kereta.Berdesing-desing telinga ni haa.. Haishhh~~
Ina? Macam biasalah.Jenis tak suka orang paksa.Bila di paksa? Lagi teruk.Lagilah tak pandai.Heeee.. Dah rupa macam tu ina ni.Nak buat macam mana.Hmm.. begitulah diriku. Tehehe.
Tidak memikirkan jangka panjang
Memang semasa dari zaman bujang,pergi kerja pun masih harapkan abah hantar ke tempat kerja.Dan masa tu,nak ke mana-mana pun bersama keluarga.Hihi..Lagi lah malas nak belajar kereta ni.Lagipun abah tak bagi usik langsung keretanya.Takut eksiden.Sebab lain..? Rasa masih selesa agaknya.Tak memikirkan masa depan.Hihihi.
Kehidupan selepas berkahwin
Bila dah berkahwin (awal perkahwinan),malu pula bila suami katakan.Nampak dah dari situ tak tahu 'drive'.Tetapi suami tak pernah memaksa untuk belajar kereta pun.
Mungkin atas faktor lain ketika itu.dengan ina yang sudah memiliki cahaya mata yang pertama.Bosan..,rumah pula di kawasan sunyi.Dalam hati berkeinginan untuk terokai tempat lain bersama anak sewaktu suami bekerja.
FAILED dalam Ujian Lesen Memandu
Yup! Pernah gagal sekali.Disebabkan ina tak ready betul-betul.Dengan keadaan ina bekerja.Yang susah untuk minta cuti.Fuuuuh! Setiap hari kena push, "Bila nak belajar kereta?" Tetapi bukan dari suami. Adalah insan yang tak berhati perut ketika itu.
Stress sangat tau.Sedangkan suami dan family langsung tak pernah memaksa untuk Ina belajar kereta.
Guna Duit Hasil Titik Peluh
Akhirnya ina telah bersedia untuk mengambil lesen kereta.. Dengan kos RM 1200 ketika itu. Jika tak silap,ina belajar kereta pada tahun 2013.Hasil titik peluh sendiri kumpul duit.Rasa semangat tu,lain macam lah..
Belajar kereta kebetulan dalam bulan puasa.Memang tak penat langsung.Dan waktu pun sangat pantas ketika itu.5 hari lagi nak beraya.Ina sudah LULUS dan memiliki lesen P.
Merajuk Tak bawa Kereta
Yang ni paling kelakar dan hati tisu.Yup! Hati ina waktu ini memang selembut tisu.Huhuhuh~
Ada suatu hari tu,su ami tegur "Kenapa kereta kemek?" Ina? Terus menangis berlari dalam bilik. Jika tak silap,ketika itu,kereta kancil masih enjin manual dan turbo.
Biasalah.. Dah kereta banyak sangat tangan (peminjam kereta).Kadang-kala,yang buat silap.Masih tak mengaku akan kesilapan.Mungkin takut kena ganti kerosakan kot.Jadinya,menuduh Ina yang langgar.. huhu.Sedih sangat kita.Ermm..
Bila keadaan begini.Merajuk hampir setahun tak bawa kereta tau.Hahahaha..
Sampai lah,suami tukar enjin automatik.Barulah ina sambung semula drive sehinggalah sekarang (2018).
Perasaan tu lain sangat tau,bila boleh drive sendiri.Tetapi kadang kala tu..nak juga suruh suami yang drive.Ehehehe.. Ohhh...bulan (birthday girl november) ni nak kena renew lesen memandu..Hihihhi.
0 Ulasan