Lindungi Kulit Wajah dengan Petal Velvet Sunaway sunscreen SPF50 PA dan Petal Velvet Powder

Lindungi Kulit Wajah dengan Petal Velvet Sunaway sunscreen SPF50 PA dan Petal Velvet Powder 


Haiiii,make up lovers.Mesti korang ternanti-nantikan entri tentang beauty product kan? Ehehehe.. Sabar tau.Sila bawa bertenang..


Alhamdulillah,kali ni Ina cuba Petal Velvet Sunaway Sunscreen dari rangkaian jenama Althea pula.Ini adalah antara pengalaman pertama ina gunakan bedak compact.

Normally apply foundation jer di muka.Kali ni,memang berbeza bila gunakan Petal Velvet ni.



PETAL VELVET SUNAWAY SUNSCREEN


Set ini terdiri daripada : 

Petal Velvet Warm Beige
Petal Velvet Translucent
Petal Velvet Pink Lavender
Petal Velvet Sunaway SPF50 Sunscreen







Tadaaa!! Kat atas tulah produk baru dari Althea.Yang di terbangkan khas dari KOREA Selatan.Dah beberapa hari item ni  sampai ke rumah sebenarnya.Jadi sudah tentulah nak kena cuba terlebih dahulu sebelum review produk ni.Ehehehe.. 



3 PILIHAN KOD WARNA PETAL VELVET  POWDER



Petal Velvet Warm Beige ( kod #23 )
Petal Velvet Translucent (kod #0)
Petal Velvet Pink Lavender ( Kod #Pink lavender ) 






beauty product,Powder,Petal Velvet Powder,Lavender powder,Warm beige kod





Untuk kemasan mekap yang cantik,kemas dan berkilau korang boleh gunakan salah satu dari kod di atas.Ohh ya..,  Petal Velvet Powder ini juga dapat memberikan efek kulit terasa fresh serta  untuk mengekalkan pengeluaran sebum di luar tanpa mengeringkan kulit.Bau pun lembut kesemua jenis diatas. 




Petal Velvet Warm Beige,kod beige powder


Seperti ina sendiri mengenakan kod Petal Velvet Warm Beige , ia  sangat sesuai bagi kulit Ina ni.Tidak berminyak langsung di muka selepas penggunaan. Hmmm...,terbaik kan? Suka sangat tau. Lepas ni,bila kulit berpeluh tak perlu lagi risau akan bedak ni.


Bahan utama  Petal Velvet Powder 


Ekstrak biji Althea - kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar dan memastikan ia tetap baik dan terhidrat.

Polyphenols - Memelihara kulit yang dilindungi dari sinar UV.

Saponarin ( Anti aging)  - Memulihkan sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit yang menua.








petal velvet lavender,lavender powder,



Bahan utama dalam PETAL VELVET POWDER LAVENDER 



Ekstrak Lavender - Kerengsaan merengsakan membantu memperbaiki kulit. Ia juga mempunyai sifat aromaterapi untuk menenangkan deria 

Lecithin hidrogenasi - Kondisi dan melembapkan kulit 

Gliserin - Pelembab yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi



Point Utama Petal Velvet Powder 








Kawalan Sebum


Walaupun beberapa lama di kulit,Petal Velvet Powder tidak akan menyebabkan kulit berminyak.


Bahan Semulajadi 


Tidak menyebabkan iritasi kulit semasa penggunaan.


Tekstur


Formula yang di gunakan di dalam Petal Velvet lembut.Seperti Petal bunga.. 




'



HARGA Petal Velvet Powder 


Harga : RM 16 / RM 17 (kod Pink Lavender) 
Berat :  3gm 




KRIM PELINDUNG MATAHARI 




Korang ada tak gunakan krim SPF? Haaa.. Bahaya sangat tau jika tak menggunakan sebarang krim SPF kepada kulit muka ni tau.Kesan cepat ialah kulit muka akan menjadi jeragat.Huhhhh! Takut tak? Dah tak cantik kulit tu nanti,ada kesan tompokan hitam.Euwww~~ 


Petal Velvet Sunaway Sunscreen SPF50 PA+++


Petal Velvet ada keluarkan satu krim pelindung matahari iaitu SUNAWAY SUNSCREEN SPF50 PA++.





Petal Velvet Sunaway ini selain melindungi kulit dari terkena panahan cahaya matahari, dalam masa yang sama ia juga melembabkan kulit agar tidak kering serta bertindak dalam kawalan sebum. 




Ciri PETAL VELVET SUNAWAY SUNSCREEN



  1. Formulasi ringan pada kulit bagi memastikan dari Perlindungan sinaran UVA dan UVB .
  2. Tidak melekit dan berminyak.
  3. SPF50 PA++

Bahan  Utama yang di gunakan dalam PETAL SUNAWAY SUNSCREEN


Damask Rose ekstrak - Menghidratkan mendalam dan melegakan kerengsaan, menjadikan kulit berasa sihat 

Hyaluronic acid - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi 

Minyak Geranium - Memberi kulit rangsangan berseri dan menyembuhkan jerawat


sunblock, SPF50,UVA,UVB




Cara Menggunakan PETAL VELVET SUNAWAY SUNSCREEN 


1. Goncang Petal Velvet Sunaway Sunscreen sebelum di gunakan.

2. Sebelum keluar rumah,pastikan korang sapu Petal Velvet Sunaway Sunscreen terlebih dahulu di muka seawal 20 minit.

3. Biarkan ia kering dan sedia untuk keluar.


Noted : Sila gunakan krim SPF walaupun cuaca mendung yea.. sebab sesetengah tu,ada abaikan penggunaan krim SPF jika cuaca mendung. 





sunblock, SPF50,UVA,UVB


Selepas sapuan Petal Velvet Sunaway Sunscreen.. cerah lah sedikit.Eheheh..Dan paling penting,beberapa minit penggunaan tidak akan menyebabkan kulit berminyak.Itu yang best.


Petal Velvet Sunaway Sunscreen MUST HAVE PRODUCT!!



  1. Sangat recommended! Bagi sesiapa yang cepat berpeluh tu..
  2. Mereka yang nak gunakan sepanjang hari! Perlindungan dari cahaya matahari .
  3. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.




Petal Velvet Sunaway Sunscreen ini boleh di dapati dengan :


Harga :  RM 43.00
Saiz / Berat : 55ml 




Untuk belian dan update produk K-beauty terkini boleh terus ke :


website :  https://my.althea.kr/



Catat Ulasan

1 Ulasan