Bermimpi jadi Tahanan serta di Simbah Asid

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua.Okay,straight to the point kisahnya.Pagi-pagi lagi nak abadikan kisah mimpi Ina ni di dalam blog.Agak menakutkan betul mimpi malam tadi.Huuuuhhh..! Tarik nafas kejap..Fuhhh.

Nak ceritakan pada kawan yang pandai tafsir mimpi,ada.Tetapi biarlah..malas nak menganggu.Hihihi..


mimpi pelik,alam mimpi,dunia mimpi



Mimpi Aneh


Pada awalan mimpi tersebut,sebenarnya Ina bermimpi ke rumah arwah aki dan ingin pergi beraya atau bersiar bersama atuk (perempuan) Ina yang juga bidan kampung.Didalam mimpi tersebut Ina masih bujang lagi.Hiiiiii,dah namanya pun mimpi kan? Ahaks!

Entah macam mana,boleh pula Ina bersembang dengan makcik-makcik berumur pertengahan.Ada makcik disitu pula bertanyakan pasal nama sekian-sekian,dan apa yang peliknya boleh pula Ina tau.Orang ini,orang itu sudah meninggal.Meninggal mati accident.

Hebat tak penangan makcik bawang Ina ni? Lepastu,ada makcik disitu yang mula menjeling.Sebab Ina ni tau serba serbi.Walhal,dalam mimpi tersebut seorang makcik pun langsung tak kenal antara satu sama lain.Hihihi,tapi bersembang macam kenal dah lama.

Next mimpi..Sekolah Agama Rakyat 


Seterusnya mimpi tersebut pula di sekolah agama rakyat.Iaitu sekolah kafa yang pernah Ina sekolah dari darjah satu sehingga darjah 6 disitu.

Guru kelas itu,memang tak ingat namanya lah.Sebab cikgu tu memang tak pernah mengajar Ina sepanjang berada disana.Tetapi,apa yang Ina tau.Berdasarkan pandangan luaran.. cikgu tersebut memang lembut orangnya,bila bertutur lembut bahasanya.Tak pernah memarahi pelajar.

Tetapi bila di alam mimpi,boleh pula cikgu ni mengajar Ina.HIhihi.. Entahlah yea.


Seperti Tahanan


Mimpi ni,Ina menjadi pelajar dia.Tetapi bila waktu habis kelas.Nak pulang ke rumah tu.Seolah berada di dalam tahanan pula.Pintu pagar sekolah di kawal rapi seperti (betul-betul takpasti samada pengganas atau apa) tetapi sesiapa yang ingin keluar dari pagar sekolah ni.Akan ditembak.. fuhh! takut sangat.Dalam mimpi ini,betul-betul detik cemas.


Dan apa yang peliknya,apabila ingin pulang,suasana berubah secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan ramai orang.Penuh,seperti menghadiri konsert pun ada.



Hujan ASID



Entahlah,lepastu pula orang ramai semuanya berkumpul di depan pintu pagar (dalam perkarangan Sekolah Agama Rakyat). Secara tiba-tiba asid tu turun dari langit dan separuh lagi,ada seseorang simbah asid.

Jadinya,semua orang bertempiaran lari apabila terkena bahan tersebut.Menggelegak asidnya! 

Yang ni memang betul-betul tak pasti kenapa dan mengapa asid turun secara tiba-tiba.Dan diri Ina juga turut terkena simbahan asid tersebut. Allahuakbar! Itu antara ayat spontan yang keluar dari mulut Ina.Memang sakit! Perit sangat.. asid tersebut terkena muka dan lengan Ina.Allah! 


Dalam waktu yang sama,ada suara yang bercakap.Sesiapa yang terkena asid dan tiada berbiji (dibenarkan keluar) ataupun bertindak balas teruk dengan asid tersebut,maka akan berada di dalam tahanan.Yup! Muka Ina telah menjadi buruk dan lengan dipenuhi biji-biji yang sangat banyak dan bertukar hodoh.. 


Puas Ina merayu! Menangis ketika itu agar dilepaskan.Kerana kata Ina lagi,pada 19.3 ( tahun memang tak pasti)  ada majlis perkahwinan.Dan boleh pula Ina pulang ke rumah .. tetapi dalam bentuk roh. Mak sedih ketika majlis tersebut dan menukar kepada majlis doa tahlil.


Dan.. tersedar ketika subuh.Alhamdulillah! Hidup lagi Ina.Diberikan lagi peluang untuk hidup atas muka bumi Allah.Untuk terus sujud dan membuat kebaikan.Terima kasih Ya Allah.. 








Catat Ulasan

0 Ulasan