Assalamualaikum..
Selamat pagi Jumaat.Pagi ini cuaca cerah,hujan dah berhenti.Mungkin untuk sementara sahaja lah,agaknya.Sekarang ni kan bulan Disember 2018.Sama seperti tahun-tahun lepas,tengkujuh memang tak lari di kawasan Pantai Timur.Tetapi bukan ini yang ingin Ina berkongsi kisah,ehehe.Kisahnya adalah....
Sebelum Ina bergiat aktif di dalam dunia blogging.Ina juga aktifkan diri didalam pelbagai bidang seperti pembuatan roti dan biskut itu rasanya kesemua pembaca tau jika yang dari dahulu follow kisah-kisah Ina di ruangan blog.
Group Paranormal
Tetapi satu cerita yang tak pernah Ina ceriitakan disini ialah Ina habiskan waktu terluang dengan menyertai group paranormal di Whatsapp.Fuhhh! Takut kan? Bila terdengar group macam ni.
Sebenarnya dari dahulu lagi Ina berminat dengan dunia mistik.Dari zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa kini.Yang kelakar,disebabkan minat mendalam didalam dunia mistik.Sedikit sebanyak telah membuatkan diri Ina ni jadi penakut.
Iyerlah,sape yang tak jadi penakut.Apabila otak menerima terlalu banyak sangat cerita-cerita seram.Hihhhii.
Tahun 2017,akhirnya Ina terjumpa satu group ni melalui facebook.Dan terus Ina tekan link tersebut.Hihihihi..,alhamdulillah.Terisi sedikit lah hobi tu.
Ahlinya adalah salah seorang antara bekas pelajar sekolah Beserah terdahulu.Memang kenal sangat.Tapi,selalu lupa nama budak tu.Muda setahun jer.. dia lah 'ketua' dalam group tu.
Group paranormal ni sebenarnya juga mengumpulkan insan-insan yang pelik sahaja.
Semacam 'Fantastic Hour'
Di dalam group tersebut,rata-rata pangkat adik-adik bagi Ina.Yerlah,dorang pun lahir di tahun 88.So,dalam tu pun masing-masing menghormati antara satu sama lain.
Adeiii,berdebar pula bila bercerita kisah ni weii.Erm,tak pasti lah kenapa.Walhal siang buta ni,baru jam 9.52 pagi,ahaks! Penakut kan?
Ohh ya.., ahli di dalam group ini adalah masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.Fuhhh! Korang tau ape benda? Dah macam team 'Fantastic Four' pulak niii.
Yup,majoriti mereka ni semua mempunyai keistimewaan tersendiri kerana mereka ni ada sesetengah pesilat.Bila pesilat..,sudah tentulah mereka ada mempelajari 'skill' mereka tersendiri bagi mempertahankan diri daripada serangan nyata dan serangan ghaib.So,harap korang faham-faham lah..
Ada yang mempunyai kelebihan tersendiri yang diberikan oleh allah s.w.t iaitu mata batin mereka terbuka,ada hijab terbuka.. ehhh,hijab dan mata batin..benda yang sama lahh.Hahahaha,Ina pun dah terconfius ni tau.
Ada yang hijab terbuka,tetapi tidak boleh berinteraksi dengan makhluk allah lain.Ada..
Nak dikatakan,group ini sangat aktif.Masing-masing bercerita pengalaman seram dan aktiviti paranormal mereka.
Harimau Jadian
Dan yang paling rare sorang tu,iaitu ketua group.Hihhiihi.. Kisah dia setakat ni paling rare.Sebabnya ia mempunyai saka keturunan.Ada malam-malam tertentu dia akan pulang ke kampung halaman bagi proses 'kejadian'. Ala.., macam cerita lakonan Rusdi Ramli tuu,harimau jadian.Hah,macam tu lah..
Disebabkan keturunan,ia terpaksa menerima saka tersebut.Ermm,seram jugaklah.Dan seingat Ina,kawan ni pantang dengan bulan penuh.Time ni,memang kena berjaga lah.HIhihi..
Okay,setakat ini sahaja perkongsian Ina.By the way Ina dah tak ada lagi dalam group tersebut adalah disebabkan seseorang itu semacam psyko,latarbelkang ina dan suami dia tahu.Seram lahhh.. haihh! Sebelum ada pelik-pelik,baik Ina angkat kaki terlebih dahulu.
0 Ulasan