Hobi Terkini dengan Mirrorless Camera SONY ALPHA A5000

Assalamualaikum..


   Nak juga update entri kat blog ni pula.Eheheh.Bila tak update blog,terasa serba tak lengkap kehidupan harini.Teeeeheheh.Over kan? Berbalik kepada tajuk entri kali ini ialah mengenai hobi terkini Ina.Apa tuu? Haaaa... Sudah tentulah hobi yang membawa faedah kepada Ina ni.Satu-satunya hobi yang datang secara semulajadi iaitu snap photo sana sini.Bukan photo skodeng tauu.Hahahaha~



hobi terkini dengan snap photo dengan sony alpha,mirrorrless camera,contoh gambar dari kamera sony
#sonyteam



 Baru sahaja memiliki kamera mirrorless Sony Alpha model a5000.Setakat ini sanga berpuashati,jika sebelum ini adalah pengguna NIKON.Semasa mencuba pelbagai jenis kamera mirrorless di kedai kamera.Apabila tangan Ina menyentuh kamera model SONY Alpha a5000,terus terjatuh CINTA.Sebab utama ialah ia jenis kamera untuk selfie dan sesuai juga bagi VLOG. Walaupun bukan vlogger Ina ni,tetapi tetap memilih kamera SONY ni juga.Kriteria ada pada model a5000 Sony Alpha ni.

Sebelum ni pengguna NIKON,tetapi kamera jenis digital.Kalau nak tau model mana NIKON tu..boleh lah baca di SINI.


Sudah JATUH CINTA Dengan kamera SONY alpha Mirrorless



gambar pantai,guna kamera sony untuk gambar cantik
reflection sony alpha


  
 Kamera Sony ni sesuai bagi sesiapa yang suka selfie dan vlogger sebab salah satunya ia mempunyai skrin yang boleh flip ke depan.Boleh lah nak buat job blogger yang memerlukan video lepasni.




air terjun


  Mungkin jika ada yang berkata, 'Eleh,sikit-sikit kamera.Tangkap sana sini gambar.Apa yang dapat?' Ehehehe. 

   Bagi diri ina sendiri,ia satu kepuasan.Ada kalangan rakan-rakan photographer berkata ia mampu menghasilkan pulangan wang ringgit dengan hobi sebegini.Setakat ini,Ina mampu beri komitmen pada kerja-kerja sebagai seorang blogger sahaja.



Air terjun Teladas,Air Terjun Di Maran


 Sebahagian hidup Ina adalah bersama sebuah kamera.Kemana sahaja pergi,mesti angkut kamera sekali.Hihhhi.. Begitu juga dengan anak-anak,setiap kali mama keluarkan kamera,mereka ni tetiba sahaja pandai jer posing.Ehehehe.. Katanya,nak mama masukkan gambar Sara cantik-cantik dalam blog.



makan-makan di kuantan,port selfie cantik di restoran kuantan
Night view


   



makan makan di kuantan,toy camera,sony alpha,mirrorless camera
toy camera





Contoh Gambar-gambar yang menggunakan Mirrorless Camera SONY Alpha A5000


Kalau dah lokasi dan lighting pun cantik,sudah tentulah gambar pun sama cantik.Ahaks! Ini kali ke-3 Ina repeat makan di Restoran Cekur Manis ni.Selain makanan sedap,lokasi pun cantik untuk berselfie.Hahhh! Tak hairan lah,kalau owner kedai asyik nampak muka yang sama jer yang duk repeat kat sini yeee.Heee..



food review,shoot gambar makanan dengan sony alpha,mirrorless camera
Foodie



Okay,lepasni jika ada mana-mana photographer bertanya Ina ni pernah shoot ape lagi? Ini lah jawapannya.Hihihihi.. Semua gambar kat atas ni adalah hasil shoot sendiri.


   Pernah ingin menyertai group whatsapp untuk beginner Mirrorless.Tapi belum apa-apa dah di tanya pernah shoot apa. Erkk,mungkin Ina ni silap group,Ina bukan nak jadi Photographer.Cukuplah sebagai blogger sepenuh masa jer.

 Errr,,teringin nak pergi food review pula.Nak test shoot guna SONY alpha ni macam mana pula.Ahaks! Tak,sebelum ni asyik duk shoot gambar produk review dan alam semulajadi sahaja.Ehehehe.. 


  Sekarang ni masih lagi belajar untuk setting-setting kamera seperti ISO berapa yang sesuai untuk persekitaran.Dan banyak lagi ni.Ada juga menyertai beberapa  group sony yang ina follow di Instagram mahupun facebook.



Produk review,Guna kamera sony untuk kerja blogger
tanpa flash




  Alhamdulillah,setakat ini suka sangat-sangat hasil shoot dari Sony Alpha A5000 ni.Walau ia model agak lama juga,tetapi bagi ina ia masih relevan untuk digunakan pada tahun 2018.Bolehlah dijadikan kamera untuk mencari makan sebagai seorang blogger.


  Kalau korang nak tengok lebih lagi hasil-hasil gambar yang berjaya di shoot oleh Ina terus ke Instagram : @azlina6861



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Seronok bila ada kamera yg mudahkan kita buat kerja blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. gambar pun nampak cantik.Client pun suka untuk shoot produk dia..

      Padam
  2. Sekarang kamera hp pun dan canggih2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang handset pun dah canggih.Tetapi berbeza sangat2 dengan kamera..hehehe. Kualiti gambar tu.Lagipun,saya dah fedup banyak kali asyik tukar handset,sensitif kamera handset ni.Jatuh sikit jer,dah jadi kamera handset pecah.. jadi kelabu asap gambar.Rugilah beli mahal-mahal

      Padam
  3. tahniah ena, dah dapat akmera baru..kena belajar lagi tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup,masih belajar ni.Tok guru dengan youtube aje,kalau ada rezeki.. nak juga cari bengkel untuk beginner ni tentang penggunaan kamera dengan betul untuk dapatkan shoot yang menarik

      Padam
  4. Tak boleh jd ni... Semua dh ada Sony Mirrorless camera. Nak jugak

    BalasPadam
  5. sebagai salah seorang peminat camera Sony..!! Sony xkan mengecewakan hehe.. bestnyaa ada camera baru =D

    BalasPadam