Menikmati Matahari Tenggelam di Tasik Pelindung,Kuantan





Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya


Lirik lagu diatas seringkali bermain di minda.Hmmm,sambil-sambil merehatkan diri dan minda di tepian Tasik Pelindung ni.Sempatlah melayan angan-angan ni ha,sambil menghayati keindahan alam semulajadi disini.Perghh! Terbabas juga sehingga ke maghrib.


 Pada awalnya ingin jogging je kat sini bersama anak-anak.Tetapi dah jadi lain,maklumlah anak-anak ni tak pernah bebas bermain diluar.Jika di rumah,mereka ni hanya bermain di dalam rumah sahaja.Ohh,bukan Ina ni jenis memerap tau.Tetapi.. perumahan disini betul-betul di depan jalan utama.Lori,kereta dan treler pun ada lalu lalang di depan rumah.Itu sebab utama Ina tak izinkan mereka bermain di luar rumah.



Alam (tasik/pantai) dengan Ina,seolah dekat je.Antara tempat yang paling Ina suka pergi.Orang kata ada kaitan dengan aura seseorang..Ahh,abaikan saja. 
Sambil duk berehat,terleka pula nak pulang ke rumah.Dan sempat lah menikmati matahari tenggelam ni.



sunset,tasik pelindung,gambar tasik,nature,gambar matahari tenggelam
sunset
  


Bila dah anak-anak ke Tasik Pelindung,mereka ni semua seolah ingin terjun ke dalam tasik.Uishhh~ risau juga. Dalam juga tasik ni tau.Kat sini adalah Tasik semulajadi.Keluasan dia,agak besar.Penat tau..,nak habiskan jogging keliling tasik ni.Lebih baik Ina duk workout aje dari keliling kat tasik.Ehehehe.. Leceh lah,dengan anak-anak ni nak kena angkut 3 orang.Jenuh nak dapatkan 1 round je pun.Sebab memang dah pernah buat dulu,seksa.Soffea pula minta dukung... haaa~ 


 Semalam lain pula ceritanya,kami duduk setempat sahaja.Sambil memerhatikan orang di sekeliling tasik dengan aktiviti masing-masing.Ada yang jogging,dan ada juga yang memancing ikan disini.Jika tak silap , di tasik ni ada ikan haruan dan juga ikan patin (satu masa dahulu,ada tournament disini,banyak ikan patin dilepaskan ke dalam tasik). Sehinggalah sekarang pun,masih ada lagi kaki pancing yang dapat ikan patin.Heee.. rezeki kan?


  Petang-petang memang best sangat beriadah disini.Syok sangat! Angin sepoi-sepoi bahasa,di belakang tasik itu pula terdapat satu pantai.Iaitu Pantai Pelindung.. 


 Disebabkan terlalu leka menikmati keindahan tasik disini.Sehingga lah,kami terbabas waktu,maghrib weii!.Ahaks! Yang pelik.. anak-anak ni behave pula.Macam tau-tau jer mama dia bawa kamera kat tasik.Jadinya,sangat bersopan mereka ni tau.Hahahah~ 


 Kat tasik ni,macam-macam dah dengar cerita seram dari penduduk setempat dan juga ayah Ina yang juga merupakan kaki pancing.Mujur lah sempat shoot beberapa gambar ketika matahari tenggelam.Sempat juga lah buat satu video dengan anak-anak,walaupun lidah kelu ketika di depan kamera.Heee.. 


Jika sebelum ni asyik di pantai,kedai makan,makanan dan serangga je.Kali ni,test pula shoot gambar tasik.Ehehehe.. guna manual setting. Boleh baca di sini,hobi terkini


















Catat Ulasan

1 Ulasan