Memang agak rushing lah sedikit hari ahad tu.Selepas pulang dari makan tengahari.Singgah pula beli kasut sekolah Sara dan jam 2 petang baru sampai ke rumah.Berehat pun sekejap jer masa ni tau kat rumah,sebabnya appointment di Hannan Medispa pada jam 6 petang.
Appointment jam 6 Petang
Kelam kabut sangat.Rasa macam nak cancel jer,tapi sayang pula.Hihihi.. anak-anak semuanya tidur kepenatan,termasuklah suami. Selepas pulang dari makan-makan tu.
Jam 5.30 petang tu baru kami seisi keluarga keluar ke bandar semula untuk menghantar Ina ke Hannan Medispa tersebut.Nasib baiklah sempat,sebelum jam 6 petang sudah tiba di sana.Huuhhh~~ lega teramat ketika ini.
Tengok tu.Muka comot masa pergi ke Spa.Mana tidaknya,kelam kabut tau.Muka Ina hanya sempat sapu Sunscreen PETAL VELVET dan eyeliner sahaja.Shawl pula ala-ala serabai sedikit.Heee~~ Kata rushing kan? Ahaks.. Rupa tak senonoh ni pun sebab fikir nak ke Hannan Medispa lahh.
Okay,sementara menunggu turn dipanggil.Sempatlah Ina bergambar terlebih dahulu di Hannan Medispa tu.Hihih..
Treatment CLEOPATRA
Sebenarnya,pada hari tersebut.Treatment Cleopatra tu adalah yang FREE punya.Sebab pada bulan lepas Ina buat treatment SULAM KOREA dan FREE GIFT dia dapat percuma treatment CLEOPATRA.Makanya,hari ahad tu lah Ina redeem,hehehe.
Entri lain : Hasil treatment SULAM KOREA
Antara proses yang dilakukan di dalam treatment CLEOPATRA
1. Facial oxygen therapy
==================
Oxygen infusion untuk membersihkan muka, menghilangkan radikal bebas dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
Terasa macam ada air yang dia sembur berulang kali pada kulit muka. Sebab oxygen tu memang datang daripada air tu.
=================
2. Microderma abrasion
=================
Mencuci muka daripada sel kulit mati sambil menanggalkan whitehead dan blackhead
Masa ni, memang terasa ada alat yang menyedut kulit muka. Tak macam facial biasa yang picit jerawat yang sakit tu, rawatan ni tak sakit pun.
=============
3. Radio frequency
=============
Yang ni best tau,suka bebola dia duk roll on atas muka.Terasa panas suam,tujuannya adalah bagi menggalakkan pertumbuhan kolagen,mengecilkan liang roma serta menegangkan kulit muka.
==========
4. LED mask
==========
Mengaktifkan kolagen untuk menjadikan kulit gebu, anjal dan bebas cela.
LED Mask ni,di pakai pada muka selama 15 minit sahaja.Masa ni,bolehlah kalau nak tidur pun.Lampu di padam,dan dalam keadaan gelap.
Ermm,sayangnya.Hanya gambar ini sahaja yang berjaya di ambil.Ini pun minta jasa baik staff di sana snap photo.Ahaks!
Yang ini tidak termasuk dalam Cleopatra.Sebab yang ni Ina sendiri yang minta staff tu tambah treatment bagi masalah pigmentasi.Huhuhu.. Sedih sangat weii,kulit muka ina mempunyai tompok hitam seakan jeragat di kedua belah pipi.Yang sedihnya,entah bila boleh hilang.Itu yang nak cuba mask pigmentation ni tau.
Selepas mendapatkan Treatment CLEOPATRA
Selepas sejam mendapatkan rawatan di Hannan Medispa ni,kulit Ina memang lembut dan licin jer rasa.Best pegang.. kulit sangat-sangat bersih dari cela dan kulit kusam.
Staff di Hannan Medispa kali ini sangat mesra dan kerja yang dilakukan pun sangat berpuashati.Berbanding staff yang pernah buat dulu tu,tapi kan.. mungkin dorang tak selesa kot,sebab Ina ni banyak bertanya itu ini kepada dorang. Tetapi.. memang betul lah kan? Hak kita sebagai customer,mesti nak tau serba sedikit info mengenai treatment yang ina sedang jalani itu.Staff yang bekerja tu ada sijil ke tidak? Kang buatnya tak berlesen,mati lah Ina.Rosak muka ni haa..
Pendapat ina tentang aktiviti spa ini adalah satu kepuasan diri.Ibarat ia suatu terapi.Lagipun,takdelah mahal sangat pun.Ia masih dalam kategori harga mampu.
Jika diberi pilihan,antara TRAVEL dan BEAUTY,memang akan memilih beauty.Tak tahulah..mungkin ini yang dikatakan Beauty addict.Tetapi takdelah sampai tahap nak inject botox.Tehehehe..
Okay,selepas ni memang akan repeat lagi dan lagi di Hannan Medispa tu.Memang betul-betul berkesan untuk kulit muka.Lagipun usia dah meningkat (31 tahun).Jadinya,memang kena extra penjagaan kulit.Tehehehe... Kat rumah pun,tetap buat juga rutin penjagaan muka.
3 Ulasan
hee~ bestnya wakkkkkkkk.. kite suka pegi spa dimanja-manjakan gini..
BalasPadamnk rasa juga spa ni
BalasPadamlama tak manjakan diri di SPA..kena pergi Hanna MediSPA untuk reward kan diri
BalasPadam