Rutin Mingguan Kami SUAMI ISTERI

Bila bercakap mengenai rutin suami isteri, mesti korang terbayangkan kerja mengemas rumah. Kan? sebenarnya bukan. Rutin kami suami isteri adalah dengan manjakan kulit masing-masing dengan produk skincare yang dibeli pada bulan lepas

Hai,dah beberapa hari tak update blog. Rindu pula tau.Heee~ Busy dengan anak-anak dan keluarga tersayang.Tetapi itu bukanlah pematah semangat untuk tidak berblogging.Okay,entri harini nak cerita mengenai rutin mingguan kami suami isteri.Heee, sudah semestinya bab beauty lahh..




Kecilkan pori wajah,clay mask pore,brightening,suami isteri,kecantikan,kbeauty



Pertama sekali nak bagitau,clay mask ni antara yang sesuai pada kulit Ina (kulit kombinasi) tetapi untuk pengetahuan korang,Clay Mask by Innisfree ni adalah sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Ia tidak pedihkan kulit,kulit muka korang berjerawat sekalipun takkan sesekali memedihkan kulit.


Clay mask ni pun tidak berbau.Tiada campuran perfume..sebab sesetengah ada menggunakan perfume kan? Yang nii,memang original mud.Ahaks! Syok jer bila tepek pada muka tau.Sejuk pula,macam tepek bedak sejuk.Tapi hasilnya memang luarbiasa.



Hasil Penggunaan Clay Mask by Innisfree


Kulit Ina memang terasa cerah lah sedikit selepas penggunaan.Kulit pun lembut,blackhead,whitehead pun licin.Dah angkut keluar la tu.



Menarik dan Tertarik mengenai ClayMask bY iNNISFREE


 Selepas 1 minit menggunakan Clay mask ni,korang jangan basuh muka lagi tau.Sebaliknya,korang cuba sental-sental halus sahaja clay mask yang telah kering tu.Dan rasai sendiri,selepas penggunaan Clay mask ni tau.Memang in love lahh...



  Gambar kat atas tu adalah kami suami isteri dalam proses menggunakan Clay Mask by Innisfree.Ermm,tak sangka pula si suami tu nak pula bergambar.Ahaks! Jika tak,memang agak payah lahh nak selfie pun.Tetapi bab macam ni,suami redha tadah muka.Ekekeke

 

 

 Mesti dia suka ni. Sebab apa yang Ina perasankan,muka suami pun sudah nampak berseri sedikit. Jika tidak,nampak berminyak. Blackhead pula meriah atas hidung,macam buah strawberry.Hahahaha...,geram tau blackhead suami tu.

 

 Selain daripada itu, bukan sahaja luaran perlu di jaga. Dalaman turut perlu di jaga, terutamanya pemakanan sayuran hijau untuk kesihatan diri seterusnya menjadikan tubuh badan sihat kerana memiliki vitamin mencukupi. Rujuk sini untuk artikel penuh.

 


  Selain itu,rutin buang kulit mati dan merawat blackhead ni bukanlah setiap hari Ina buat.Memadai lah seminggu dua kali sahaja.


 Mengenai produk ini,sangat rekomen.Selain merawat masalah pori terbuka,buang blackhead/whitehead, ia juga bertindak dalam mencerahkan kulit muka.Ehehehe.. Selalulnya,jika ada nak kemana keesokan harinya..Ina akan ber Clay mask dulu malam sebelumnya.Ehehehe.


Okaylah,untuk harga Clay Mask by Innisfree ni adalah RM 45.00 .Dengan berat 100ml.. Dapatkan produk ini  di althea .



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Bestnya.. hrga kt Althea nih mmg murah lah

    BalasPadam
  2. mrs pip pun guna juga clay mask ni... best!

    BalasPadam
  3. wah! org lelaki pun buleh pakai gak? ini sudah bagus.....

    BalasPadam
  4. Penah pakai jgk mmg best hehe

    mellyacrayola.blogspot.com

    BalasPadam
  5. waaa..husband ina pun layan mask jugak..bagus..hehe

    BalasPadam