Diintai JODOH | Setiap Hari

Assalamualaikum...

Disebabkan bulan depan adalah bulan anniversary perkahwinan Ina yang ke-9 tahun.Makanya,selalu lah bermain di fikiran.. jodoh intai setiap hari.Ahaks~~ 


Gagal Bercinta


Sebelum bertemu jodoh,pernah bercinta selama beberapa tahun tetapi dengan seseorang yang mempunyai darah kacukan jepun.Cinta berputik semasa berusia 17 tahun,iaitu selepas tamat persekolahan.
Huhh~ Bila sebut kacukan (mix jepun).. sudah tentulah handsome.Bermata hazel dan berkulit putih.Tetapi,faham-faham aje lah.Bila dah handsome,sudah tentu ramai peminat.Hari-hari jealous,hahaha.Dan dia pula seorang panas baran.Pernah naik kaki tangan pada Ina.Huuuu...

 Selepas beberapa tahun bercinta,keluarga pula tidak merestui.Family dia pula asyik bercakap bahasa jepun,adeii.Macam mana lah nak hidup nanti kan.Tetapi nasib baik,bukan jodoh Ina bersama.Alhamdulillah.. 


Alam pekerjaan


 Masa cepat berlalu,bila memikirkan usia ketika itu sudah menginjak ke angka 24.Ina sudah mulai serius untuk masa depan.Risau di Chop andartu..erkk. 
Yup,walau bukan dalam kategori terdesak.Ina selalu berdoa agar ditemukan jodoh.Yang utama,jodoh mestilah satu kampung.Yeaaa,memang nak sangat jodoh satu kampung sebab bila berkahwin,dah tak usah bergaduh isu balik kampung.Ehehe.. Bole pula gituu.
Bila di alam pekerjaan,langsung tiada masa nak berkenalan dengan mana-mana lelaki.Serius wei,memang penat lah nak mengenali lelaki.Dalam hati,nak jodoh jer.Hihihi.. penat kenal lama,pastu putus di tengah jalan.



Diintip Setiap Pagi


 2009 Ina sudah bertukar pekerjaan.Ketika itu sebagai Kerani jualan di kedai jubin.Pengangkutan ina ketika itu ialah bas awam.Setiap pagi,memang akan menunggu bas di bus stop di beserah.Kiranya jalan utama lah.Ehehe..

 Setelah sebulan bekerja,Ina perasan satu kereta ni iaitu kereta kancil purple setiap pagi akan melalui bus stop.. masa ni dah rasa lain macam dah.Dalam hati Ina "Dah kenapa mamat ni setiap pagi nak melintas kat depan bus stop yang Ina tunggu"?.Walhal,laluan jalan lain kan ada.Ketika ini,perasaan meluat tu sangat tinggi pada empunya kereta kancil.Huhh.. menyampah sangat.Macam sengaja nak show off kereta kancil yang di convert (turbo).


Kenapa mesti nak melalui depan muka Ina pula.Erm... Tapi kan,pada mulanya Ina abaikan sahaja.Tapi setiap hari kereta kancil tu melalui di depan Ina.Jantung tu rasa lain macam..denyutan jantung tu.Adeiii~~ serius,macam nak tercabut jantung.



Jodohku,cara jodoh bertemu,jodoh ditemukan dengan sekampung





JODOH 


 Nak di katakan JODOH lah kot.Hari demi hari,Jodoh tak jemu mengintip setiap pagi.. ahaks.Jam berapa Ina duduk menunggu bas di pondok bus stop.Setiap pagi itu lah jodoh (kini suami yang sah) akan melintas melalui tempat bus stop yang ina duduki.

Nak di jadikan cerita cinta berputik.Ketika itu,bas pula buat hal.Satu bas pun tiada,apatah lagi teksi.Seperti pagi itu seperti di rancang pula bas dan teksi tiada.Jam pula sudah menunjukkan hampir ke 9 pagi tika itu.Alamak!!


 Tiba-tiba.. nampak kereta kancil purple membawa perlahan dan memberhentikan kereta di bus stop ina sedang tunggu bas tu.Dalam hati,memang nak tercabut jantung tau.


Dalam hati sempat pula bermonolog ina ni tau..


"Ahhh,naik jerlah kereta dia ni.Janji sampai tempat kerja"


Dalam hati juga terdetik .. 

"Ehh,macam mana pula jika mamat ni bawa aku lari.Tak ke naya".Kenal pun tidak.Tapi,takpe.
Bentak hati Ina.. Jika berlaku sesuatu,satu kampung memang kenal satu keluarga ni.Lagipun,ayah Ina pun kenal keluarga mamat ni.. kiranya orang berpengaruh di kampung.Itu yang Ina berani..




Inilah dikatakan JODOH



Sebenarnya,nombor telefon Jodoh (suami) ni sudah ada dalam telefon.Lama lah juga peram nombor telefon dia ni.Hahaha~ Tetapi belum terbuka lagi pintu hati tika itu.


Sebelum Ina bekerja sebagai kerani jualan di kedai jubin tersebut.Pada tahun 2007,Ina sudah bertemu dengan Jodoh.Hahaha.. Waktu itu,mana lah nak perasan.Tahun 2007 tika itu,Ina bekerja di satu kedai tayar dan sport rim kereta.Memang bekerja disana sangat banyak dugaan.Sentiasa dikelilingi oleh pelanggan tetap di kedai tersebut iaitu kaum lelaki,samada yang bujang mahupun laki orang.Fuhhh! Kadang tu juga,rasa nak menangis jer.Selalu menjadi usikan dan buli pekerja disana.

 Yang paling tak best,pelanggan lelaki lah.Ehhh..kalau korang nak tau, jodoh pun pernah mencuba nasib ketika itu tau.Hahaha~ Ina langsung tak layan dia.Yerlah! Jodoh datang di kedai tayar kereta tempat Ina bekerja waktu itu sambil melemparkan senyuman.Hihiii~ Dalam hati Ina berkata "Eh,gatal betul laki orang ni.Asyik duk senyum-senyum". Beberapa kali jodoh datang ke tempat Ina ketika itu untuk memikat,tetapi gagal.Sebab utama tak terpikat ialah Jodoh  berjambang.Not my taste ketika itu.Tapi senyuman dia manisss~ tinggi dan tegap.



DOA di makbulkan


Alhamdulillah,jodoh ditemukan seperti apa yang Ina hajati.Jodoh sekampung.. dan sopan santun orangnya.Hormati orang tua.. Biarlah,suami cintakan Ina melebihi segalanya.Hihihihi.. Sebab pernah dengar orang cakap,kalau perempuan cinta sepenuh hati tak boleh juga yea.

Okay.. kat sini jerlah sempat taip cerita awal perkenalan kami.Setiap hari JODOH intai,setiap pagi pula tuu.Heee~ Bayangkan macam mana perasaan itu.Bercinta pun tak lama,terus bertunang dan suami berjumpa arwah aki dan cakap nak serius dengan Ina dan  menyuarakan hasrat hati dia nak sehidup semati bersama Ina.Heee~~ berkahwin,rasa cinta itu berputik selepas bernikah.








Catat Ulasan

6 Ulasan