ID.AZ | Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack!

Assalamualaikum..


Sudah  memasuki 2 minggu Ina menggunakan sleeping mask dari ID.AZ  iaitu Face Fit Cu.V Tensioning Sleep Pack.Ini adalah kali pertama menggunakan produk dari ID.AZ yang berasal dari Korea.



Pertama sekali mesti lah nak cari produk yang lebih fokuskan kepada anti aging.. macam Ina dah masuk 3 series ni,lagi kena extra care untuk penjagaan muka.Tak nak lah nampak macam umur 40 tahun,walhal baru 3 seriessss.Haahh! Paling berkesan untuk muka sebelum tidur mestilah kena ada satu produk sleeping pack ni..



Sleeping pack,V shape,anti aging,sesitive skin




ID.AZ FACE FIT CU-V Tensioning SLEEPING PACK  



  1. Direka khas bagi mereka yang mempunyai masalah seperti  kulit kusam,kulit sensitif,pigmentasi dan masalah penuaan kulit.
  2. Tiada Paraben,SLS, dan SLES.
  3. Bauan dari krim muka ID.AZ FACE FIT CU-V Tensioning Sleeping Pack ini adalah berbau lembut.
  4. Sesuai digunakan pada waktu malam untuk kesan berganda! (Pada waktu pagi, kulit kelihatan lebih cerah, ketat, dan ultra-tegang )
  5. Tidak berminyak
  6. Mudah meresap ( tidak melekit semasa penggunaan) 
  7. Dirumuskan dengan ekstrak Wild Yam dan Turmeric untuk mencerahkan dan menyuburkan kulit.
  8. kulit Mulberry dan Marigold mengekstrak tekstur kulit.




KANDUNGAN di dalam ID.AZ FACE FIT CU-V Tensioning SLEEPING PACK  



Squalene, Shea Butter, Chondrus Crispus Extract, Sugarcane Extract, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Niacinamide, Argania Spinosa Kernel (Argan) Extract, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Turmeric Root Extract





face fit,snti aging krim,KRIM runcingkan muka,sleeping pack berkesan,krim untuk double chin




cara runcingkan wajah,ID.AZ.Korea beauty,kbeauty product


Ni muka Ina selepas menggunakan  ID.AZ FACE FIT CU-V Tensioning  Sleeping Pack tu. Ia mudah meresap jauh ke dalam kulit.Walaupun nampak seperti berminyak,percayalah.. Ia tak berminyak pun.Tak berat pada kulit.Tidak juga menyebabkan kulit Ina pedih atau mengalami kegatalan.Maklumlah,kulit Ina jenis sensitif dan kombinasi.Macam-macam hal kulit Ina ni tau.Dan satu lagi,apa yang Ina perasankan,selama penggunaan ID.AZ CU-V Tensioning Sleeping Pack ini melembabkan kulit muka keesokan paginya.Tidak mengeringkan kulit..!




V-shape skincare,Face fit,anti aging,Produk runcingkan muka


Cara Penggunaan ID.AZ FACE FIT CU-V Tensioning Sleeping Pack :


1. Pastikan sebelum menggunakan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ini,muka hendaklah di cuci bersih dahulu. 

2. Ambil sedikit krim dan dot dot kan ke seluruh muka.

3. Ratakan krim tersebut dengan secara lembut.

4. Seeloknya cuba lakukan sedikit urutan pada wajah,agar krim tersebut meresap ke dalam kulit.Muka pun perlukan relaxing ketika ini,lagi-lagi waktu malam sebelum tidur.

5. Siap!! Korang dah boleh tidur dengan lena.Dan nantikan hasilnya keesokan  pagi.

6. Penggunaan yang konsisten dan betul,membolehkan korang dapat muka yang lebih runcing.awet muda dan anjal dengan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack.








Harga : RM 199 

Boleh didapati di WATSON melalui link ini : https://www.watsons.com.my/face-fit-cu-v-tensioning-sleep-mask/p/BP_98213?text=&page=0


Instagram :  idplacosmetics_my




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. makin pololes la muka ina..:)

    BalasPadam
  2. Bagusnya! Cx pon nak kena ada sleeping mask kalau mcm ni . Yela dah masuk 3series juga. Hahah

    BalasPadam