Cerita petang semalam,agak kelakar lah juga.Adeii~ kisahnya macam biasa,setiap petang memang akan siapkan Sara untuk ke kelas KAFA pula.
Sebelum siapkan Sara,sempatlah Ina mandikan anak-anak lagi 2 orang tu iaitu Soffea dan Furqan.Dan selesai siapkan mereka,baru lah mengerjakan solat zohor.Heee~
Jam 2.10 petang juga keluar rumah.Tetapi apa yang Ina perasankan,hari rabu (semalam ) sunyi pula jalan raya.Semacam pelik lah.. errk.'Ahh,Biarlah'.. (bentak hatiku).Kebiasaannya,jalan raya (rumah ina berhadapan jalan utama ke sekolah) sentiasa sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang dan utamanya (van sekolah) akan mengambil anak jiran ke sekolah kafa (kafa lain).Tetapi kali ini takde lah pula..
Pintu pagar sekolah
Setelah 5 minit memandu ke sekolah,akhirnya sampai di depan pintu sekolah.Menjadi kebiasaan..jika ibu bapa ingin masuk ke sekolahperlulah memberitahu guard di pondok depan pintu sekolah terlebih dahulu.
Ina : assalamualaikum.. Saya nak masuk kejap yea ke dalam.Nak bayar yuran KAFA anak.
Guard : Dengan muka pelik .. sambil memberitahu. "Harini Kafa tak sekolah yea.. cuti. Setiap hari Isnin,selasa dan Khamis sahaja sekolah kafa."
Ina : Dengan muka blur,lagi terkejut. "Errrr,tak sekolah ek.Erm,tak tahu pula." Okay..terima kasih.
Semasa ingin memasuki ke dalam kereta,Ina di sapa oleh seorang penjaga yang sedang menunggu anak habis kelas di depan bus stop iaitu tempat menunggu pelajar.
Penjaga : Tak sekolah harini.Cuti kafa.. setiap hari Rabu dan Jumaat Kafa cuti.Anak darjah satu ke?
Ina : Yup,anak darjah satu.Okay. Heee~ terima kasih.Sebab tak tahu ni,anak pun takde cakap apa-apa.
Berbeza pula dengan sekolah agama satu ketika dahulu,setiap hari bersekolah.Cuti pun setiap hari Sabtu dan Ahad.Dan warna pakaian sekolah pula bewarna putih (baju) dan kain (hijau)
Huhhh~ penat lah berkejaran tau semalam.Lastnya tak sekolah kafa rupanya.Terus ina memecut kereta kancil separa turbo itu ke rumah mak yang terletak jaraknya lebih kurang 15 minit.
2 Ulasan
adoi..mak dia..ikut suka jer nak hantr kafa..hihi..
BalasPadamHihi.
BalasPadam