Bila pagi-pagi dah dapat berita macam ni,secara tak langsung spoil mood.Betul-betul rasa nak marah pun ada,geram pun satu hal juga.
Tunaikan permintaan mak
Pada awalnya,mak meminta supaya melakukan pembelian diatas talian bagi mendapatkan mixer mini blender tersebut.Sudah lama mak minta,tetapi minggu lepas baru mempunyai masa untuk order secara atas talian bagi memiliki mixer mini blender tersebut.Harga barangan tersebut tak mahal pun,hanya RM 40 termasuk kos penghantaran.Katanya ada YES haritu lah,itu lah dengan pantas Ina tanpa berlengah masa terus transfer wang ke akaun seller tersebut.Pada malam itu juga.. Huhuh.
Bukan setakat mixer mini blender sahaja yang Ina belikan untuk mak.Malahan barangan lain yang diorder ialah rack disher.Yang jumlah kedua barangan tersebut adalah berjumlah RM 89.xx. Tetapi apa yang peliknya,rack disher itu sudah sampai pada jumaat yang lepas.Tetapi mixer mini blender sahaja yang tak sampai.Walhal order dari seller yang sama..
Hal semakin rumit
Dan nak dijadikan cerita.Benda ni terjadi adalah disebabkan Ina sendiri.Hmmm, akaun website itu pun Ina daftarkan atas nama mak.Adeiii~ daftar atas nama emel mak,dan apa yang paling sakit hati emel pula salah.Dan... nama,nombor telefon dan alamat penghantaran pula menggunakan alamat rumah mak ayah Ina.Nombor telefon pula menggunakan nombor telefon abah.Huhhh~ lagi sakit! Abah Ina pula,jenis jika ada mesej masuk ke telefon.. dia akan delete terus.Huhhh~ dan Ina syak,mesti abah dah delete jika seller itu hantar tracking nombor ke nombor abah.Arghhh~ tension pula.
Ohhh~ time-time macam ni lah nak buat hal kan? Sejak anak sekolah,dari pagi dan petang,memang tak lekat sangat kat rumah tu.Pagi dan petang ialah waktu hantar dan ambil anak ke sekolah.Itu yang menggunakan alamat penghantaran barang ke rumah mak.Mak abah pula tak tahu..
Mungkin nasib tidak menyebelahi Ina kali ini dengan shopping menggunakan website tersebut.Huhuhuhu... sebelum ini,Ina pernah beli barangan dengan jumlah hampir RM 200.XX dan penghantaran pun pantas.Tetapi kali ini sahaja,nasib tak baik.
Follow Up seller
Sudah follow-up seller tersebut.Tetapi,katanya nak tracking no.Huhuhu.. complicated kan? Dan Ina meminta seller tersebut cuba trace transaksi yang Ina lakukan pada hari tersebut.Huhuhuhu.. seller tersebut bagaimanapun nak juga tracking nombor.Adeiii..
Ermm... Ini adalah pengajaran untuk Ina buat kali pertama membeli barangan perkakas dapur begini.Next time,memang takutlah nak beli dah.Serik~
Korang nak tau Ina buat apa selepas ni? Ina emel kepada website e-commerce tersebut supaya refund apa yang di beli itu.Huuuu~ Harapnya ada lah feedback dari mereka.
3 Ulasan
adoii..rumit jgk tu ina..moga ada rezeki ina..insyaAllah
BalasPadamitu yg rumit.Dan peliknya,selepas follow up dengan seller tersebut.Barang baru post out..huhuhu.Sedihh
Padambeli online ni gitu la risikonya kan,tawakal je banyak2 time order huhuu
BalasPadam