Pulang sahaja dari sekolah tengahari tadi.Sara mengeluarkan sesuatu dari beg sekolah dia.Katanya,minta mama tutupkan mata.Ada surprise dari sekolah.Katanya... hahaha.Dup dap janung ni.Ingatkan apa lah dia ni kan.
Dia keluarkan sesuatu,dan sesuatu itu adalah makanan.
Tadaaa! Adei,jenuh soal siasat Sara ni.Akhirnya,dia bagitahu,kawan sekolah beri dia makanan ni.Kemain gembira Sara ni bila dapat makanan.Dan kalau korang nak tau,makanan ni di beri oleh kawan sekelas nya,budak lelaki.Tepuk dahi mama.. nak!
Semalam dapat bunga plastik,hmm.Hari ni dapat makanan pula.Adeii Sara!
Peristiwa di Sekolah PASTI
Teringat kenangan lalu,semasa Sara sekolah PASTI.Ada rakan sekelasnya menumbuk Sara.Katanya,sebab dia tak berkawan lagi dengan seorang rakan sekelas lelaki yang seorang itu.Dan berkawan dengan budak lelaki lain.Akhirnya,Sara jadi mangsa buli.. Sedih sangat!
Kisah tu boleh baca kat sini : Sara Di Buli
Entahlah,nak kata apa lagi.Sara ni kalau ke mana dia pergi.Memang budak lelaki suka berkawan.Ermm,mungkin sebab dia suka ketawa kot.Jadinya,dia mudah didekati ramai orang.Tetapi dengan perempuan,lain cerita.
Ermm,tiba-tiba teringat satu ketika dahulu sejurus selepas melahirkan Sara.Mak Ina tanamkan uri tembuni tu di hadapan.Bukan di belakang mahupun di tepian tempat.Hanya orang tua sahaja yang tau,Ina? Tahu sangat.Petua orang lama kan? Ahaks~ Selagi tak bertentangan dengan syarak mahupun khurafat,boleh jer nak mempercayai.Kata petua orang lama kannnn?
5 Ulasan
pandai sara supprisekan mama dia..
BalasPadamSara dah ada peminat dalam diam ni..hihi
Oo..o.. dalam diam sara dah ada peminat la
BalasPadamhihihi Sara ada peminat misteri ni mama..
BalasPadamHehhehe comel. amboi~ sarah dah ada peminat siap bagi bunga plastik dan makanan. ~ Ingatkan tutup mata tu nak bagi suprise untuk mak
BalasPadamSaya follow sini ye kak
BalasPadam