Setelah Sebulan Tak Workout,Gigihkan Diri Juga Demi Kesihatan

Hari ini,Ina kuatkan diri setelah sebulan bercuti dari workout.Hahaha.Ni kalau orang gym dengar mesti gelak guling-guling.Ada ke bercuti dari workout? Ahaks. Itu lah Ina.


Sebenarnya kan,bukan saja-saja nak bercuti dari workout pun.Ini sebab karpet yang bersalah.Haaaaaaaahahaha.Adei~ Macam-macam kan Ina ni ha.Walhal silap sendiri.Orang workout,kau nak workout.LAstnya,siku melecet dan bertukar kehitaman.Errrkk,buruk weii siku tu.Kedua belah siku pula tu.Sendiri tengok pun geli.


Okay,next dapat duit.Nak beli map khas untuk workout tu.Hihihihi.. Tak suka guna duit suami,suka hasil titik peluh sendiri membeli segala keperluan diri.Lebih berpuas hati dan jaga sepenuh hati jika duit sendiri guna.Haaaa,kejam tak? 




Tinggal Workout




Tapi.. kalau korang berduit,boleh je join program-program di gym terdekat dengan korang tu.Macam Ina payah,berderet anak nak kena angkut nii.. sudahnya memang takdelah main gym.

Untuk pengetahuan korang,workout Ina hanya lakukan di rumah sahaja.Lakukan seorang diri di rumah.Kadang tu juga,ada student kat belakang yang ikut.Student tu adalah anak-anak sendiri lahh,Soffea dan Furqan.Hihihi.. Kelakar sangat.. 


Akibat Ina meninggalkan aktiviti workout tu.Badan jadi  malas dan berat! Adeiii.. lepas tu pula kan,tubuh badan sangat sensitif.Manja lahh,orang panggil.Silap sikit jer,sakit badan.Mula lah cepat cramp kaki ni.Dah rupa warga emas,walhal baru berusia 32 tahun pada tahun ini.Walau dah minum susu kalsium pun.Adeii~ Minuman tak menjanjikan apa-apa tetapi aktiviti yang membantu.Minuman hanya sekadar sokongan aje.





workout dirumah,wanita sihat,Healthy lifestyle



Aktiviti Workout Ina?


Okay,mulai hari ini nak konsisten workout.Workout sebab nak sihat! Workkout Ina apa sangat.Tak delah yang berat.Rutin ringan aje.Hanya plank, plank with donkey kick yang mana ia bantu cepat pecah peluh,dan satu lagi tu squat.Last sekali penutup tepuk lalat,heeeeee.Dah.. cukuplah 6minit untuk sesi pagi.Dan petang pun aktiviti yang sama.Siapa kata kat rumah tak boleh nak workout? Siapa kata nak sihat kena keluar rumah berjogging? Kalau korang still fikiran macam ni,sudahnya memang tak kemana lerr. 


Tapi kan,Ina kagum betul dengan golongan wanita yang berzumba tu.Ada muzik lagi,Ina kalau macam tu.Ada muzik siap ada kawan-kawan.. memang tak jadi zumba.Hahaha~ bersembang jee.



Baca entri :  Jaga kesihatan dengan workout



Yang best tentang workout ni kan,selain kita dapat keluarkan peluh.Minda kita pun  sihat.Tak delah asyik negatif aje fikiran tu.Aura positif tu ,insyallah.Dan pemakanan pun,kita terjaga.Orang kata,kalau sekadar diet jer,tapi tak workout..memang sia-sia.lagipun bila kita workout ni.automatik kita akan makan yang healthy sahaja.Takde nak makan manis-manis ataupun craving macam-macam.




Catat Ulasan

2 Ulasan