Zaman Remaja | Comot dan berkulit Gelap

Assalamualaikum..


Beberapa hari yang lepas,sempat berkunjung ke rumah mak.Ehehehe.. tak delah jauh mana pun.Cuma jarang ke sana.Malas nak drive sendiri,lagipun kereta baru lepas repair.Stereng pun masih berat.. haha.Alasan jer kan? Hahaha~ itulah Ina. Tup-tup lama-lama berehat dirumah mak,macam-macam lah duk mencari gambar-gambar lama dalam album di rumah mak.




zaman budak hingusan,hitam berkilat semasa zaman remaja



Tadaaa~~ Dengan ini,terjumpalah satu rahasia.Ehh.. rahsia besar Ina ni haa.Belek-belek album,jumpa lah gambar comot ni.Usia ketika dalam gambar ni ialah 12 tahun.Satu masa dahulu,Ina seorang yang berbadan besar.Tak kurus kering macam sekarang.Hahaha~ Sebab asyik jadi singa betina kat rumah tu dengan anak-anak haa. 


  Semasa belek album ni,Soffea bertanya.. 



Soffea : Mama,sape tu? Gelap muka.

Ina: Erkk.. ( budak ni,kecil besar jer tengok..) 

Soffea : Sape ni? 

Ina : Tu lah mama. Sambil ketawa.. 


Soffea pun turut sama gelak ketawa..


Ina : Ni kalau tunjuk pada abah awak,mesti dia gelakkan mama.




Dan malam tu juga,Ina tunjukkan kepada suami gambar tersebut.Ehehe.. Kata Ina kepada suami..



Ina : Abang,cer tengok ni sape.Kekasih abang dulu..

Suami :  Sambil muka berkerut.. (dalam hati..,apa lah yang dia fikirkan tu yee )
           Lepas beberapa minit kemudian,suami senyum.Hihihh..

Ina : Ni kalau abang terserempak ayang dulu-dulu ni,mesti abang langkah seribu kan? 

Suami  : Sambil tersenyum.. sambil berkata "abang waktu ni,kalau ayang umur 12 tahun,abang baru jejak Universiti. Tak duduk di Kuantan.Hahaha".


Ina   : Hampir merajuk.. (iyerlah,waktu dulu suami kurus handsome.Mesti ramai peminat..tetapi takpelah,itu kenangan lama dia. Hehhh..,ayang pun ada kenangan)



Untuk pengetahuan korang,Ina semasa kecil.Memang bermuka gelap.Macam mamak pun ada.Erkk! Taktahu lah tu,kot mak terkenan muka arwah tokki Ina yang berasal dari New Delhi.Huhuhuh.. 

Berkulit gelap dari kecil.Seorang lelaki pun takde pandang Ina tau.Hahaha,sedih kan? Tapi ada seorang budak lelaki semasa satu kelas tu,asyik duk ejek nama tokki Ina tau.Al-maklumlah,tokki Ina nama Maidin.Di gelar cucu usahawan MYDIN.Hihihihi.. menyampah sangat! 


Zaman hingusan ini lah,diri Ina sering kali terkena bisul.Huhuhu... sakit weii,baca kisah bisul kat SINI


Nasib baik tak JODOH tak nampak Ina masa ni tau.Hahaha,jika tidak.Habis lari agaknya.Hihihi..Iyerlah,semua lelaki nak perempuan putih jer kan? Yang hitam dan comot,mana mahu nyerrr. Bila Ina dah kahwin,barulah lelaki idaman suatu masa dahulu duk komen dan PM kat facebook.Tetapi tak lah melayan Ina ni.Ehehehe... Itu dahulu kini dan selamanya.Ina tetap setia pada suamiku.Jodoh satu kampung.Ehhh.. nak ke Ina cerita jodoh satu kampung ni? Ada tak yang nak baca ?










Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. rugilah sapa tak pernah gelap masa zaman skolah 😂

    BalasPadam
  2. boleh lah cite psl jodoh satu kampung..hehee

    BalasPadam
  3. hihi rasanya kita sama jaa time sek rendah especially. keje berpanas dok sukan la tak reti dok diam. beleeemoih. tapi tengok budak2 muda skrng.. pergh umur belas2 gojes gila.

    BalasPadam
  4. Hahaha..dlu comot kan. Gelap.. mane pikir nak melawa..

    BalasPadam
  5. xde siapa lawa masa sekolah..haha

    BalasPadam