Berangan Itu PERCUMA!

Assalamualaikum...



Pagi ni,terasa sangat fresh dengan aura yang positif.Alhamdulillah,sebelum nak masuk tidur semalam.Sempat baca buku motivasi.Lega sangat..Sedikit dapat meregangkan otak yang semakin stress akibat aura negarif akibat kisah viral.


kuasa minda,visual kan minda,minda separa sedar,anak-anak,parenting


Tak Salah Berangan



Haaa,sebenarnya dah lama berangan.Bukan berangan macam pak jenin tu yee.Hahaha,yang tu kalau berangan.Mau mati duk alam nyata macam tu.

Yang ina berangan dan visual kan adalah diri ni mengandung.Ahaks! Tetapi seronok kemain.Siap dengan anak-anak sekali berangan tu.

Dalam image visual tu,fikir mengandungkan baby kembar.Baby kembar sepasang yang mempunyai nama hampir sama iaitu Fateh dan Fateha.Adeeeii~ 

Paling kelakar,anak-anak paling excited.Soffea dan Sara siap sapukan losyen lagi pada perut Ina.Haaaa~ 


Insiden ini dari kisah ni.



Sara : Mama,kenapa perut mama buncit?

Mama : erkkk,,terdiam.Dalam hati kata " eh..,yeke  sudah buncit ni?" 


Sara  : Terus ambil losyen nivea dan mengarahkan mama supaya baring.Katanya nak sapu losyen pada baby.

Mama : Layankan aje. Pastu tanya sara. Sara, ingat lagi ke dulu masa mama mengandungkan Soffea dan Furqan? 

Sara : Ingat mama. Sara yang sapukan losyen pada perut mama masa mula mengandung.Sara sayang baby.Tapi Sara nak lagi baby.

Mama : Berdekah mama ketawa..


Perut mama ni buncit,sebab tak membuang ha.Lagi satu mama skip workout selama 3 hari.Mana lah tak membuncit.Lagi satu apa yang Ina perasan,perut Ina sangat sensitif bila sudah berumur ni.

Perut cepat jadi buncit apabila makan pedas.Jadi perut ni berangin.. itu yang kembung semacam.Tetapi bila dah selesai membuang,memang kempis betul.Bluerrrkkk!


Excited anak-anak semakin menjadi



Paling tak boleh nak fikir dah mama ni.Sara dan Soffea siap masing-masing cakap, mereka nak jaga seorang satu baby kembar tu.Sara nak jaga Fateh dan Soffea nak jaga Fateha.Aduhhh~ berdekah mama gelak pasal korang berdua.

Pastu cerita pada suami hal ni.Suami lagi pening.Katanya,takde baka kembar... hihihih. Tapi apapun,bagi Ina kuasa allah semua itu.Jika allah berkehendakkan,maka terjadilah.Kun Faya kun.



Dan apa yang kami anak beranak ni angankan,harap ia betul-betul berlaku.Dan Ina juga cuba visual kan berangan akan hal-hal yang lain.Start ajar anak-anak aktifkan minda separqa sedar juga dalam kehidupan harian mereka.



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. ina bila nak tambah lagi..furqan xde geng lgi tu..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum ada rezeki lagi.Haritu ingat dah ada,,ehehehe.

      Padam
  2. Sama la ekin duk berangan ada anak hahaha tapi belum.ada rzeki lagi .. Sabar jer la menanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. chaiyokkkkk~ Mintak dapat kembar 3.Tak payah dah beranak.Ehehehe..

      Padam