Tips Penanaman Pokok Dari Nursery Rasa Sayang

Assalamualaikum..


Hari ini aktiviti ringan jer bersama keluarga.Alhamdulillah,best.Walaupun keluar sekejap sahaja,tetapi nikmat.Makan tengahari di luar dan selepas itu singgah membeli pokok-pokok di nursery.


 Walau tangan Ina ni keras.Selalu jer mati pokok-pokok apabila ditanam,kali ini dengan harapan,semoga hidup kekal menghijau lah pokok-pokok itu.



 Nursery Rasa Sayang




 Bila sampai kat nursery ni,dah mula rambang mata.Tetapi nasib baiklah tak beli yang bukan-bukan.Mujur sangat last weekend dah singgah sini.Jadi,sempat lah Ina servey dahulu.Ahaks! Bijak tak? Selalunya buat keputusan tak bijak juga.Beli yang bukan-bukan.Ehehehe.. Kali ni memang boleh puji lah. 


  Ada pelbagai kot pokok bunga dan hiasan tanaman disini.Semuanya rasa nak di beli.Eheheh..


 Akhirnya Ina memilih pokok limau kasturi dan pokok buah bidara untuk dibawa pulang. Lupa pula suami bawa kereta kecil.Tetapi mujur sangat-sangat  kereta hitam tu muat nak angkut 2 jenis pokok tu.Kalau tak,kena datang semula agaknya.


Kebetulan suami yang suka minum air limau kasturi.Setiap hari akan beli satu plastik.Jadinya,memang lah kena beli pokok dan tanam sendiri.Ehehehe.. 


 Dan satu lagi pokok bidara.Ermm,tak pasti lah daun limau bidara jenis ini ke yang orang gunakan sebagai perubatan.Memang tak pasti,yang Ina tau tentang daun bidara ni boleh dibuat mandian selepas haid berakhir.




 Ilmu Menanam Pokok 




Okay,bab ni memang ternganga mulut Ina tau mengenai penanaman pokok.Ahaks! 



Ina : Kenapa yea,saya tanam pokok semua nya mati?


Taukey nursery : Letak baja tak? Siram pokok macam mana? atau kamu hanya tanam dalam plastik beg?


Ina  : ( alahai.. dushhh atas dahi ).. Errr, haa.Tu lah, tanam dalam plastik beg ajer.


Taukey nursery :  Mana boleh gitu. Mesti ada kena pindah pokok dalam pasu.Barulah dia hidup.

Cara siram  pun tak boleh macam dalam cerita TV tau.Kena siram sehingga air melimpah didalam pasu.Barulah air tu sampai ke bawah tanah..



  Sambil-sambil berborak tu,sempatlah Ina mintak taukey tu siap tanam terus pokok yang dibeli itu tadi didalam pasu.Dan taukey tu jamin,kali ini memang akan hidup pokok-pokok ni.



Ohhh,rupanya baru lah faham kenapa selama ini pokok Ina tidak hidup subur.Rupanya cara penanaman Ina sendiri pun salah.Macam mana lah dia nak hidup kan?


Antara kesalahan Ina dalam Penanaman Pokok



1.  Tak letak nett dibawah pokok yang nak ditanam

  Ina tanam gitu jer.. rupanya dia tapis air tu ke lapisan tanah bawah sekali.


2. Tanah tak cukup

 Rupanya cara salah sebelum-sebelum ni.Cara yang betul adalah letakkan pasir dibawah sekali.Selepas itu letakkan pokok ( keluarkan pokok didalam plastik beg itu kedalam pasu ) dan tambah lagi tanah,biarkan pasu penuh dengan tanah.Jangan risau.


3. Penggunaan tanah yang salah

 Haritu letak 100% pasir bauksit.Ahaks! Gelak besar taukey tu tau.Terlebih zat katanya.. hihihi.


4. Lagi satu baja tak letak

 Air dan tanah mencukupi tetapi baja pula tak letak.Mana lah tau..hhihihi.Tak de vitamin pula dahh.Alahaii,dia pun macam manusia.Nak ada vitamin..


5. Pencahayaan

 Okay,yang ini okay jer.Cuaca sekarang memang panas.Sesuai sangat lah pokok-pokok ni dduduk dibawah cahaya matahari yang terik.
Kecuali pokok orkid,yang ni tak boleh direct matahari.Nak kena ada rumah pokok orkid.


6. Kesilapan menyiram pokok

Tak dinafikan cara Ina salah, kadang tu lewat pagi baru siram.Sudahnya mati pokok! Sepatutnya awal pagi dan petang dalam jam 6.30 petang gitu..


7. Rupanya baja tu letak kat dalam ( bawah ) iaitu semasa lapisan kedua tadi letakkan baja secukupnya.Ina silap,tabur baja keliling pokok,adeiii.Kelakar giler.

Jangan guna baja tahi ayam atau baja najis haiwan. Sebab ia panas.. kata taukey nursery tersebut.


8. Penggunaan pasu yang salah

Main sumbat jer kot  jenis pasu.Kes nak jimat duit.Ahaks! Ehh,terpecah tembelang pula. Akibat nak berjimat,pokok dah mati. Kali ini,beli yang besar. RM 28 pasu tu,muat untuk satu pokok limau kasturi.



Kos Keseluruhan Pokok dan Upah Tanam




Kos keseluruhan,Ina telah habiskan sebanyak RM 117.00 untuk 2 jenis pokok ini.Pejam mata jer masa nak membayar tau.Hihihi.Sesekali nak berubah angin,main tanam pokok lah pula. 


Pokok limau kasturi RM 17,pokok bidara RM 28,pasu bunga RM 28 (beli 2 unit) , 1 1/2 beg pasir tanah  RM 10 dan baja RM 8 (Bekas kecil ) . 

Oh yea,upah untuk dia tanam terus pokok-pokok tu semua free jer.Alhamdulillah..,seronok sangat.Kalau tak,nak Ina bancuh tanam sendiri memang mati lagi agaknya. 
 
 



Okaylah,dapat lah juga sedikit ilmu penanaman pokok ni.Ehehehe..terim kasih taukey Nursery Rasa Sayang di Kuantan.




cara tanam pokok, baja,harus dielakkan jik anak tanam pokok

Gambar di FB.. nanti Ina bagi semula yang betul-betul hasil Ina jaga sendiri .. 



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. semoga kali ini pokok ina tanam segar bugar..hehe

    BalasPadam
  2. bagus tips ni sebab mama pun tak pandai tanam juga. patutlah kurus2 semua pokok mama

    BalasPadam
  3. ni mak CT minat la ni.. tanam2 pokok..
    kite lari dlu.. hehe..

    BalasPadam
  4. Pokok yang tanam kt rumah pun tak besar-besar. Memang banyak yang salah kaedahnya ni. Kena tengok balik.
    Thank you share info. :)

    BalasPadam