Agak lama tak update kisah anak bongsu Ina ni.Si Muhammad Arif Furqan (MAF).Dah besar panjang dah dia ni.Tetapi seolah baru sahaja bersalin kan my baby ni.Walhal tahun 2017 dulu,ahaks!
Muhammad Arif Furqan (MAF) senyum selalu |
Selepas rambut furqan ni seperti botak,terus lah Ina minta suami bawa anak bujang lelaki ni ke kedai gunting.Kasi potong rambut,biar nampak handsome sikit.Ingatkan Furqan ni menangis semasa potong rambut,rupanya tidak! Adeii,mama kat rumah macam-macam perasaan ada bercampur baur tau.
Dan,apabila dia balik jer ke rumah.Furqan tak habis-habis tersenyum lebar.Mungkin juga kepala dia dah ringan kot.Heeee~ Secara tak langsung Furqan pun bertukar ceria.
Bila mama puji 'handsome la awak ni'.. automatik buat senyuman menawan seperti gambar diatas.
Perubahan positif selepas berambut pendek
1. Furqan dah tak mahu lagi menyusu badan..huhuhu.Tapi okay lah.Dah besar kan?
2. Suka mengenakan pakaian sendiri.
Mama hanya mandikan dan sapukan bedak sahaja.Opss! Pampers pun mama pakaikan.
3. Seorang yang ceria
Dulu memang Furqan seorang yang takutkan orang.Tetapi sejak berambut pendek,dia dah tak takut orang.Berhenti je di stesen minyak ,asyik duk melambai tangan kepada pekerja disitu.Heeee.. Peramah sangat kan?
4. Nak berpisah pampers
Di kala usia 2 tahun 7 bulan,dia dah tak nak kencing dalam pampers lagi.Berita baik kan? Pernah sekali dia hanya mengenakan seluar favourite dia jeee,sampai tunjuk pada mama.Menjerit mama tau,hahaha.Kang habis banjir satu rumah air kencing awak merata.
Tapi waktu malam,dia kencing dalam pampers juga.Ina memang tak berani nak bebas pampers lagi.Haaa,sebabnya selepas mandi dah nampak cecair kekuningan atas lantai.Eeeee~ geram pula.Tetapi pandai betul dia buat muka comel,tak jadi nak marah lah.Perkembangan dia sama macam Soffea jenis berpisah pampers awal berbanding yang sulung pada usia 5 tahun.
Baca: Tips berpisah pampers
5. Waktu Tidur
Dulu waktu tidur,kebiasaannya dia akan menyusu terlebih dahulu sebelum tidur.Tetapi sekarang ni,mama pelawa menyusu badan main-main jer,dia dah buat lakonan seperti nak muntah.Bijak betul awak Furqan.. Emm.
Sekarang ni,setiap malam.Mama tepuk-tepuk je sikit,terus lena dibuai mimpi.Huuu,masa ni lah mama boleh peluk cium awak.Kalau awak tak tidur,memang awak tak kasi peluang langsung mama nak cium ek.
Rasanya,cepat betul masa berlalu.Nampaknya awak dah macam orang dewasa sangat.Huuuuu,apakah petandanya? Ingin menambah? Ahaks...
2 Ulasan
ina..furqan nak geng..hihi
BalasPadamcomel je.. kepala da ringan hehe =D
BalasPadam