25 Ramadan.. Apa Tuu? Lailatul Qadar ke




Lailatul Qadar |  Alhamdulillah. hari ni dah puasa ke 28.Maknanya raya dah hampir tiba.Betapa cepatnya masa berlalu.Ramadan dah pun hampir meninggalkan kita.


 Terasa sayu pula,bila memikirkan ramadan hampir ke penghujung.Seriously,kali ni rasa lain macam perasaan tu.Selepas hampir 3 tahun dah tak berniaga biskut raya.Barulah terasa ada masa untuk kusyuk dalam ibadat lagi-lagi di bulan ramadan.Korang dah juzuk berapa tu mengaji? Ada yang dah khatam al-quran ke dalam bulan Ramadan tahun ini? Tahniah kepada korang yang dah berjaya khatam.Ina hampir khatam,alhamdulillah.



 Tahun ni,Ina besederhana sahaja menyambut Hari Raya Aidilfitri.Ina jer lah. Entahlah,rasa cukuplah.Tak perlu membazir.Tetapi untuk anak-anak kena lebihkan.Ahaks! Nak gembirakan anak-anak jer ni.Berpasang juga baju kemeja dan jeans.Hihih.Alhamdulillah,rezeki kami sekeluarga ketika pertengahan Ramadan.Terima kasih buat encik suami dan rezeki yang Allah hantar ketika ini tak pernah putus.Syukur~


 25 Ramadan 



 Pada malam 25 Ramadan,hujan selepas maghrib.Nak dikatakan memasuki minggu ke-2 Ramadan setiap malam angin kencang.Kuat gila angin,sehinggakan atap zink dapur Ina tu berbunyi kuat bila ditiup angin.Takut kan?


 Malam tu juga,hampir dibuai lena.Mujur sangat tersedar daripada mimpi pelik.Terus bangkit jam 3 pagi. Terus kejutkan suami yang asyik tidur.Hahaha,memang jenis Ina kalau dah tersedar akan kejutkan suami.Biar sama-sama terjaga dan sahur awal.HIhihi..


Yealah kan,bangun sahur awal ni bagus.Bolehlah duduk di tikar sembahyang lama sedikit.Kemudian baru bersahur. 



Teringat satu kisah,Tok perempuan Ina ada ceritakan cahaya bewarna jingga muncul di tengah bendang.Ya allah! Seronok sangat masa tu tau bila dengar Tok yang cerita pengalaman dia sendiri.





Lailatul Qadar 




Okay,seusai bersahur jam 4.30 pagi.Ketika itu Ina mencuci pinggan yang kotor waktu itu.Dan tiba-tiba rasa seperti nak buka tingkap yang berada di sinki.


Korang tau tak apa yang Ina nampak?? Hahhhh,berdebar tak? Disebalik tingkap tu,ada cahaya berwarna jingga. Baru nampak cahaya tu sedikit sahaja.Seperti baru nak timbul di permukaan / celah bukit.


 Okay,kalau korang nak tau.Belakang perumahan Ina ni berbukit.Ada hutan dibelakang.Tapi bukan dekat sangat pun. Tetapi memang nampak lah cahaya tu di luar.Allahuakbar!! Cepat-cepat Ina berlari ke tandas ketika itu.Pergi ambil wudhuk. Dan segera solat. Banyak-banyak lah berdoa ketika itu dan perbanyak membaca al-quran. 


 Terus separuh menjerit bagitahu suami.Alhamdulillah! Jika betul pada 25 Ramadan adalah malam lailatul Qadar. Bertuahnya kami.Allahu..




tanda malam lailatul qadar,lalatul qadar,bulan puasa
Lailatul Qadar





  Cantik tak gambar atas tu? Ini gambar yang sempat Ina snap guna smartphone.Gambar ini diambil dari dalam rumah.Ina tak keluar pun dari rumah.Betul-betul di pintu grill ni.Malas nak keluar sebenarnya,sebab berbaju tidur.Tambahan pula anak-anak semuanya excited tu nak keluar. 



 Sempat snap gambar atas itu ketika jam 6.30 pagi.Subhanallah,begitu cantik kan? Indah betul ciptaan allah pada bulan Ramadan. Langit berwarna jingga macam ni.Lagi jelas kelihatan,berbanding jam 4.30 pagi tadi tu.Kali ini lebih jelas kelihatan kan? Alhamdulillah, pertama kali dapat tengok dengan mata sendiri macam ni. 


 Pagi subuh 28 Ramadan dah tiada keadaan langit berwarna jingga macam tu. Moga-moga doa-doa ketika pada bulan Ramadan yang kita pohon akan allah kabulkan.Insyallah~ Jika panjang umur,mudah-mudahan kita dapat lagi berjumpa dengan malam lailatul Qadar.



Catat Ulasan

0 Ulasan