Bila duduk kat rumah ni sorang-sorang,mula lah rindukan anak-anak.Iyerlah,ayahnya dah bawa keluar 3 orang anak tu.Jadi bolehlah Ina berehat sekejap.
Erm,sambil taip entri ni juga.Sempatlah bancuh Lazz Cafe segelas.Baru ada idea sedikit yang datang.Maklumlah,terasa segar anak mata ni tau. Air pula menggelegak panas.Syok sangat minum malam-malam ni.
anak-anak membesar |
Tengah bosan ni pula, sempat lah belek-belek gambar dalam koleksi simpanan dari kamera sony mirrorless ni. Banyak nak kena padam.Gambar dan video.Fuhhh,dari akhir tahun 2018 sehingga kini 2019 duk peram gambar dan segala video anak-anak. Nak kena transfer terlebih dahulu ke pc,nanti ada masa kena cuci letak dalam album gambar.
baby Furqan umur 3bulan |
Cute sangat semasa anak bongsu sihat dan tembam macam ni.Geram jer nak gigit-gigit.Sekarang Furqan pun dah membesar,makin kurus pula dah.Ermm,aktif sangat.Lasak nya ya allah,bikin mama migrain nakk! Rindunya bila tengok Furqan dalam gambar ni.
Furqan takutkan ombak semasa kecil,tapi bila dah besar.Mak aihh,pantang ke pantai.Terjun terus ke dalam air.Kuak lentang terus dia buat.Adeeei~
Aktiviti anak-anak |
Dahh,sekarang ni memang terasa tua bila anak-anak dah mula membesar.Yang sulung Sara 7 tahun,Soffea pula 4 tahun dan Furqan hampir ke-3 tahun.Fuhhh! Cepat sangat masa berlalu.Tahun depan 2 orang dah anak Ina sekolah.
Paksa Anak Tidur Petang
Selepas hantar Sara ke KAFA ( Kelas Agama Fardhu Ain ) , memang setiap hari kena paksa tidur anak-anak ni.Hihihi,sejurus selepas mandi petang jam 2.30 petang. Soffea dan Furqan memang dipaksa untuk tidur.Masuk bilik dan ON aircond,terus lena dibuai mimpi.Bukanlah apa,mereka ni jika tak tidur siang hari memang macam-macam kerja akan dibuatnya.Huhuhu.. Silap-silap jadi kapal pecah kat dapur.
3 Ulasan
Rumah Kak Ina dekat dengan pantai ke? Syok nya..
BalasPadamyer.Area rumah ada 3 buah pantai..
Padammasa tak menunggu sesiapa
BalasPadam