Sebelum ni Ina dah pernah cuba LOVLIN bird nest dan juga KINOHIMITSU Lotus bird nest.Yer,memang Ina ni jadi gila sedikit jika produk berasaskan bird nest ni tau.Semuanya nak di cuba.Tetapi kali ini nak cerita pula minuman bird nest yang ini pula.
Minuman Bird nest ecolite
Taraaa! Kali ini menggedik pula bergambar sakan dengan minuman bird nest dari ecolite.Fuhh! Memang sukar lah nak cari stok minuman ecolite ni tau.Lagi-lagi sejak minuman ni Viral di twitter beberapa bulan yang lalu.Lagi lah sentiasa takde stok weeeii.
Oleh sebab kesukaran nak mencari minuman bird nest ini.Makanya,selamat lah Ina borong untuk 6 botol ni je dahulu.Haip! Korang nak tau tak kat mana ni Ina boleh jumpa ha?? Kebetulan dalam bulan puasa tu nak shopping raya kan.
Sempatlah Ina jenguk sekejap guardian store weii.Hajatnya nak membeli losyen dan krim Spf jer.Puas juga round dalam guardian tu.Duk belek satu persatu produk yang tengah SALE RAYA tu kan. Tup-tup terpandang minuman Ecolite ni haaaa.
Staff Guardian SOROK Stok Ecolite ke tuuu??
Serius weeii, staff ni agaknya tak mahu jual kot minuman Ecolite ni.Sebabnya minuman ni agak tersorok di rak paling bawah sekali.Antara rak tersorok lah katakan.Tak tahu nak
Ecolite ni haritu beli Rm 6 je untuk harga sebotol,tetapi jika ada sales dapat RM 5 sebotol. Mempunyai 4 pilihan iaitu COLLAGEN Bird Nest campuran Laici,COLLAGEN Bird Nest campuran LONGAN,COLLAGEN Bird Nest, dan juga COLLAGEN Bird Nest Campuran wolfberry bersama Red Dates. Jika diikutkan tekak Ina,lebih suka yang collagen bird nest tu.Sebab tak manis. Dan Longan tu pula rasa manis buah.Boleh lahh..
Cari kat 7 eleven memang tak pernah jumpa minuman ecolite ni tau.Guardian Kuantan Parade jer ada stok.Itu pun jenuh mencari.Baru lah jumpa.Korang yang luar Kuantan,carilah di Guardian dan 7 eleven terdekat dengan korang tu.
Kenapa VIRAL minuman Ecolite Bird Nest ni?
Ohh,yea.Hampir terlupa nak cerita akan kebaikan minuman bird nest ni.Sebenarnya khasiat dari mengamalkan bird nest ni ada banyak.Salah satunya untuk kesihatan dan seterusnya orang duk gila nak cantikkan kulit.Yup,kulit akan tegang dan anti aging jika korang rajin amalkan yea.Kalau SEBOTOL tu,kirim salam jerlah nak nampak terus keberkesanan yea.Ahaks!
Amalkan setiap hari,barulah nampak kesan tu.
Beli secara Online minuman Ecolite Malaysia
Pssst! Nak beli secara online di Guardian pun boleh sebenarnya. Klik link >> Beli Secara Online GUARDIAN
4 Ulasan
Wahhh siap borong tau.
BalasPadamsusah sangat nak jumpa. Brong 6 ni,mampu la bertahan utk 6 hari jee. Heee.
Padamwah..sakan borong..ada gak nk cuba tapi akak tak berani sbb ada masalah cyst..penah baca, klu penghidap cyst/pcos ni tak sesuai amik produk collagen ni..huhu...so ai tgk je la uoll kulit cntik2, tegang...
BalasPadamyer.Betul tu.. tak digalakkan bagi pesakit cyst / fibroid ni. Ginseng pun tak boleh juga. Takpe,kak fieza bole cuba cara lain
Padam