Minuman Ecolite Bird Nest di Sorok?



Sebelum ni Ina dah pernah cuba LOVLIN bird nest dan juga KINOHIMITSU Lotus bird nest.Yer,memang Ina ni jadi gila sedikit jika produk berasaskan bird nest ni tau.Semuanya nak di cuba.Tetapi kali ini nak cerita pula minuman bird nest yang ini pula.




minuman sarang burung,bird nest ecolite,ecolite bird nest,ecolite store



  Taraaa! Kali ini menggedik pula bergambar sakan dengan minuman bird nest dari ecolite.Fuhh! Memang sukar lah nak cari stok minuman ecolite ni tau.Lagi-lagi sejak minuman ni Viral di twitter beberapa bulan yang lalu.Lagi lah sentiasa takde stok weeeii.


 Oleh sebab kesukaran nak mencari minuman bird nest ini.Makanya,selamat lah Ina borong untuk 6 botol ni je dahulu.Haip! Korang nak tau tak kat mana ni Ina boleh jumpa ha?? Kebetulan dalam bulan puasa tu nak shopping raya kan.


 Sempatlah Ina jenguk sekejap guardian store weii.Hajatnya nak membeli losyen dan krim Spf jer.Puas juga round dalam guardian tu.Duk belek satu persatu produk yang tengah SALE RAYA tu kan. Tup-tup terpandang minuman Ecolite ni  haaaa.



 Staff Guardian SOROK Stok Ecolite ke tuuu??



  Serius weeii, staff ni agaknya tak mahu jual kot minuman Ecolite ni.Sebabnya minuman ni agak tersorok di rak paling bawah sekali.Antara rak tersorok lah katakan.Tak tahu nak peram   air minuman Ecolite ni untuk siapa lah.Erkkk? Untuk Ina mungkin,hahahaha~ Yang pasti memang Ina dah selamat membeli untuk 6 botol. Nak beli semuanya, tak sampai hati kan.Sebab ada 9 botol jer waktu tu tau.Ahaks! Nampak tak baiknya Ina.Hihihh.. Beringat juga orang yang teringin macam Ina ni haaa. 



 Ecolite ni haritu beli Rm 6 je untuk harga sebotol,tetapi jika ada sales dapat RM 5 sebotol. Mempunyai 4 pilihan iaitu COLLAGEN Bird Nest campuran Laici,COLLAGEN Bird Nest campuran LONGAN,COLLAGEN Bird Nest, dan juga COLLAGEN Bird Nest Campuran wolfberry bersama Red Dates. Jika diikutkan tekak Ina,lebih suka yang collagen bird nest tu.Sebab tak manis. Dan Longan tu pula rasa manis buah.Boleh lahh..



Cari kat 7 eleven memang tak pernah jumpa minuman ecolite ni tau.Guardian Kuantan Parade jer ada stok.Itu pun jenuh mencari.Baru lah jumpa.Korang yang luar Kuantan,carilah di Guardian dan 7 eleven terdekat dengan korang tu. 





Kenapa VIRAL minuman  Ecolite Bird Nest  ni?



  Ohh,yea.Hampir terlupa nak cerita akan kebaikan minuman bird nest ni.Sebenarnya khasiat dari mengamalkan bird nest ni ada banyak.Salah satunya untuk kesihatan dan seterusnya orang duk gila nak cantikkan kulit.Yup,kulit akan tegang dan anti aging jika korang rajin amalkan yea.Kalau  SEBOTOL tu,kirim salam jerlah nak nampak terus keberkesanan yea.Ahaks! 


 Amalkan setiap hari,barulah nampak kesan tu. 




 Beli secara Online minuman Ecolite Malaysia


 Korang nak beli secara online untuk stok 1 carton pun boleh.Pergi ke laman web klik > Ecolite Malaysia Kat situ ada pelbagai produk bird nest. Nak beli sebotol je,sila cari di Guardian atau 7 eleven okay. 


Pssst! Nak beli secara online di Guardian pun boleh sebenarnya. Klik link >> Beli Secara Online GUARDIAN 





Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Wahhh siap borong tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah sangat nak jumpa. Brong 6 ni,mampu la bertahan utk 6 hari jee. Heee.

      Padam
  2. wah..sakan borong..ada gak nk cuba tapi akak tak berani sbb ada masalah cyst..penah baca, klu penghidap cyst/pcos ni tak sesuai amik produk collagen ni..huhu...so ai tgk je la uoll kulit cntik2, tegang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer.Betul tu.. tak digalakkan bagi pesakit cyst / fibroid ni. Ginseng pun tak boleh juga. Takpe,kak fieza bole cuba cara lain

      Padam