NARRATRS PAY : Cara nak CASHOUT Duit dari Narratrs!


 Ramai yang search di blog Ina ni pasal narratrs. Yer,memang Ina dah tulis entri pasal Narratrs ni. Siapa yang tak tahu narratrs ni apa. Boleh baca dulu kat SINI.. dan SINI 


Ramai yang nak buat duit di Instagram yea sekarang? Alhamdulillah,okaylah tu.Daripada korang asyik stalk artis je kan? Baik buat hal yang berfaedah.Dapatlah side income sikit-sikit. Side Income di Instagram melalui Narratrs.




Entri sebelum ini dah pernah cerita campaign yang Ina dapat iaitu Botafinique by LUX Premium . Dan,bila task semuanya dah complete,campaign pun dah closed.Makanya , sudah tibanya untuk cashout duit daripada campaign yang telah kita buat tu. Yeeeeyyy!! 


  Kalau korang nak tau,punyalah struggle nak siapkan campaign syampu ni tau.Huisssh! Bukanlah apa, gangguan dari anak-anak sudah semestinya.Kadang-kadang banyak scene tak jadi lah.Sebab ada jer suara halus anak-anak ni kacau.Walau mereka ni semuanya duduk di ruang tamu,scene dalam toilet je tu.Bising lagi suara mereka ni tau.Jenuh nak bagi siapkan! 


  Untuk campaign dari narratrs ni semuanya ada dateline tau.Jika boleh,korang dapat terus cuba dan terus bikin task-task dari client.Bukan apa,jika lambat hantar task.Korang kena blacklist lah. 



CARA NAK CASHOUT DUIT DARI AKAUN NARRATRS



Okay,kita teruskan dengan langkah seterusnya iaitu CARA NAK CASHOUT DUIT dari akaun Narratrs.Baca sampai habis tauu.Jangan skip.. ehehe.





campaign shell,Narrats campaign SHELL,daftar narratrs,cara signup narratrs.




1.  Login akaun narratrs korang terlebih dahulu dan pergi ke 'wallet'  then klik 'withdraw'

- Korang boleh check,setiap post task yang korang buat tu berapa bayaran yang masuk.


2. Selepas klik withdraw,maknanya korang dah berjaya keluarkan duit korang tu.Tetapi bukan sepenuhnya.Hihihi..,ini baru 50% step berjaya.Ada lagi seterusnya tau.Korang tunggu emel dari pihak narratrs terlebih dahulu. Emel ni kena tunggu mungkin dalam sehari atau 2 hari waktu bekerja.


cara cashout duit dari platform narratrs, narratrs,platform influencers Filipina indonesia dan Malaysia



3.  Akan terima satu emel dari pihak Narratrs, mereka akan minta kita aktifkan  akaun Narratrs Pay bagi proses penerimaan duit ke dalam akaun kita.




 Okay,untuk penerimaan duit.Kita WAJIB buka satu lagi akaun dari Narratrs,iaitu Narratrs Pay.Dalam emel tu,ada satu link untuk signup yer.




cara nak cashout duit dari narratrs,platform narratrs, buat duit dengan instagramCARA CASHOUT DUIT DARI NARRATRS PAY



Korang boleh klik gambar diatas untuk LOGIN Narratrs Pay.


4. Emel : masukkan emel yang berdaftar akaun narratrs korang. Password : masukkan password yang korang daftar tu.



  5
cara cashout duit dari platform narratrs, narratrs,platform influencers Filipina indonesia dan Malaysia,platform SINGAPORE NARRATRS






Available Funds :  Akan tertera jumlah duit korang dalam nilai USD dan dalam mata wang Malaysia Ringgit (MYR).


  • No 1 tu korang masukkan saja nombor akaun bank korang.
  • No 2 masukkan pula jumlah duit yang kita dapat tu.Boleh tengok kat Available Funds (sebelah kiri) 
  • No 3, biarkan kosong
  • No 4 Klik Continue
  • Ikut arahan yang dia minta. 






platform cari duit di Instagram,narratrs, buat duit dengan Narratrs

Alhamdulillah,lepas lah bayar susu anak setiap bulan hasil dari narratrs ni.


 Selepas beberapa hari,duit masuk  ke dalam akaun bank.Dan korang juga akan terima satu  emel pemeberitahuan bahawa duit sudah clear  dalam bank.




Info :


  • Bayaran setiap posting di Instagram dibayar mengikut followers dan engagement. FOLLOWERS beli akan di ban oleh Narratrs.




campaign shell,Narrats campaign SHELL,daftar narratrs,cara signup narratrs.
Campaign terbaru dari Narratrs



Okay,sekarang ni ada campaign terbaru dari Narratrs iaitu dari SHELL. 1 posting bernilai 30USD tu.Lagi tinggi followers,lagi tinggi bayaran.



Pergi cepat-cepat klik JOIN.Korang nak mudah,sila lah download applikasi Narratrs dari appstore ni. 


Pemegang akaun Instagram dengan Followers dari 1000 sehingga 100,000 boleh Daftar.


Influencer dari Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapore mahupun Taiwan boleh berdaftar.Sebab itu bayaran dalam nilai USD.


Sign Up kat SINI 



Jika korang ada sebarang pertanyaan boleh direct Inbox ke Facebook ina yer. 




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. great sharing. memang perlukan activation tu... kak fa dah buat hari tu.

    BalasPadam