Alergik Seafood Datang lagiiii

  Belasan tahun terdahulu,alergik memang kuat pada diri Ina.Alergik makanan laut (seafood)  katakan.Tersangatlah seksa. Bukan sembarangan ikan yang boleh dimakan yer.Sehinggakan,ada yang fikir Ina ni cerewet bab makanan,walhal alergik teruk makanan laut jika tersilap.



Paling teruk,alergik di sekolah rendah.Muka membengkak besar dengan mata bewarna merah ketika itu. Tersilap makan fishcakes yang menggunakan ikan kemungkinan ikan yang tidak segar. Beberapa minit selepas makan fishcakes tersebut  tangan, muka semuanya menjadi gatal-gatak dan mula membengkak.Paling ngeri lah pengalaman sepanjang hidup Ina.



 Selepas daripada kejadian tersebut,Ina terpaksa pantang makan ikan.Jika nak makan sangat-sangat,kena pastikan ikan tersebut betul segar.Jika tidak,akan berlaku lagi dan lagi.


Alergik Seafood



Chuka IIdagon gungan, sushi king,seafood,telur ikan sushi,telur ikan
order sushi king


Malam kelmarin pula,nak dijadikan cerita. Tekak ni nak sangat makan sushi king.Yerlah,dah lama sangat tinggalkan makanan sushi.Ada lah kot dalam 10 tahun lupakan sushi.Tetapi malam tersebut teringin nak makan. Anak-anak dan suami memang jenis tak makan makanan jepun ni.Makanya,Ina beli jer secara online. Order via Foodvalet dan makanan tersebut terus sampai ke pintu rumah.Alhamdulillah..


Order makanan 4 jenis iaitu CHUKA IIDAKO GUNKAN ,CALIFORNIA TEMAKI,CHUKA IIDAKO - TSUMAMI ,TOBIKKO



Pendek kata,yang Ina order semuanya sedap. Makanan yang berasaskan baby kurita ( Chuka IIdaki Tsumami dan Chuka IIdako Gunkan) jer yang body Ina tak boleh terima sangat.Sebabnya,habis muka jadi gatal-gatal.Ohhh, rasa macam insaf sekejap bila kulit bertindak balas dengan baby kurita ni.2 hari dah ni,masih lagi gatal-gatal kulit,tetapi taklah membimbangkan pun.





baby kurita,sushi king,chuka iidako tsumami, makanan jepun, jepun , japan cuisuine
Chuka Iidagon Tsumami favourite all time




Okay,lepas ni nak kena pantang lah baby kurita.Telur ikan okay pula,takde sebarang alergik pun.Habis gatal-gatal kulit muka ni.Huhuhuhu.. nasib baik tak berparut pada muka sebab asyik menggaru jee.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. aduhai.
    aida elergi makanan udang-based.
    yg lain ok, ina.
    kurita cute tu feveret aida :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh,udang je ye? Ina okay je semua ikutkan.Tetapi kali ni,baby octopus pula yang jadi gatal-gatal.Kebiasaannya yang tak fresh je. Tiba-tiba boleh jadi feveeret Ina juga baby octopus ni

      Padam