Sejak akhir-akhir ini,banyak betul benda magik berlaku terhadap diri Ina. Semuanya daripada allah bukan daripada makhluknya. Afnan Rosli adalah makhluk allah asbab sahaja, tidak melebihi kuasa allah swt. Feeling are prayers dalam bahasa yang kita mudah fahami adalah melalui jurnal kesyukuran yang dilakukan setiap hari.
|
Feeling Are Prayers |
Seperti apa yang dikatakan seperti gambar diatas.Alhamdulillah,syukur sangat.
Baru jer terdetik dihati nak beli seluar jeans.Jumaat yang lepas, ketika menjemur seluar jeans,zip patah. Terdetik dihati.. " kena ganti ni seluar jean yang baru ".
Feeling Are Prayers
Tup-tup, Sabtu baru-baru ini kakak yang dari Johor ada balik ke Kuantan. Dan dia memberikan 2 helai seluar jeans. Alhamdulillah,syukur sangat-sangat. Walau seluar jeans tu hanyalah pre-loved sahaja. Tetapi syukur sangat dah. Seluar pun masih baru. Saiz pula memang sesuai dengan Ina saiz 27. Memang tak sangka betul.
Nak beli sehelai sahaja jean,tetapi allah berikan 2 helai jeans.Nampak tak disitu? FREE pula tu. Tanpa keluarkan duit sesen pun. Tau apa yang Ina amalkan? Ina follow status di wall Tuan Afnan Rosli jer. Amalkan apa yang dia ajar.
Ini baru sahaja baca dan amalkan di wall Tuan Afnan sahaja.Belum lagi kelas berbayar bermula.Tak sabar lah pula nak mengikuti kelas online nanti.Kelas online berbayar RM 150 ( general bird ), kelas early bird ( RM 120) sudah sold out hanya beberapa minit sahaja. Alhamdulillah, semasa nak transfer duit pun,dah rasa lain macam.Bukan sebab takut duit habis.Tetapi dapat rasa getaran aura dari Tuan Afnan Rosli ni. Besar betul aura dia ni.
Cara nak doa makbul
Doa lah bersungguh-sungguh. Mula-mula,syukuri terlebih dahulu nikmat apa yang kita kecapi hari ini.Contohnya : mempunyai anak, tempat berteduh yang selesa, dapat pasangan yang baik, dapat jadi Ibu dan kerja yang bagus.
Dari situ lah,kita akan mula berdoa secara bersungguh. Tanpa sedar gugur airmata. Minta lah apa pun. Doa dengan penuh keyakinan. Jangan pernah ada blockage minda. Itu yang kadang-kadang ia tak menjadi.
Selepas mengikuti Tuan Afnan Rosli,Ina dapat rasakan.Cara Ina berdoa sangat lah lain.Tanpa sedar,gugur airmata. Sambil teresak-esak berdoa. Bayangkan setiap kali solat mesti gugur airmata,jika dibandingkan ketika dahulu hanya bertahajud sahaja boleh feel macam tu. Rasa kehambaan tu , rasa jijiknya aku begini..
Pokok pangkalnya,kena terima qada' dan qadar dari Allah. Reda apa yang berlaku pada diri kita.. set minda always happy akan bawa lebih banyak happiness dalam kehidupan seharian.
Sebenarnya, dengan kita berfikir yang baik-baik juga kesihatan pun akan menjadi lebih baik. Ya lah, emosi ini bergantung juga kepada kesihatan. Jadi, selain berfikir yang baik juga perlu menjaga pemakanan bagi memperbaiki kesihatan. Boleh terus baca artikel kesihatan ini sebagai rujukan
Jika korang masih tak faham, bolehlah pergi ke laman facebook : Afnan Rosli .
Yang diajar semua berkaitan hukum sains dalam kehidupan.
Cara berdoa yang betul Ina share : SINI
6 Ulasan
tq for sharing.
BalasPadamilmu emas ni.
alhamdulillah, sama-sama berkongsi
Padamtq for sharing.
BalasPadamilmu emas ni.
wlcm..
BalasPadamhuda pun pernah alami situasi gini, semua terdetik kat hati Allah bagi. memang betullah feelings are prayer..
BalasPadamalhamdulillah.. allah beri mengikut sangkaan hambaNya.
Padam