Kisah Syukur : Beli Durian IOI untuk anak-anak


Alhamdulillah,sangat bersyukur dapat belikan durian untuk anak-anak.Belanja dengan rasa bahagia,feel dia lain sangat-sangat.


 Semalam selepas makan malam diluar bersama suami dan anak-anak.Sempat singgah membeli di kanopi roundboard tepi jalan di Indera Mahkota 15. 


 Sebenarnya,ada banyak pilihan jenis durian disitu.Seperti durian kampung,durian tembaga dan durian IOI.


Ina ni memang bukan hantu durian.Yang Ina tau,durian semuanya sama.Ahaks! Dan penjual tu nampak Ina muka blur.Terus di offer durian kampung.Ehehehe.. Durian kampung jenis kecil-kecil.


 Lantas,dengan spontan.Mulut Ina bertanya nak tengok isi IOI. Isi warna apa? Dan penjual tadi memberitahu isi bewarna oren

 Dah alang-alang agak sukar nak mencari durian ni.Terus la minta penjual tadi timbang untuk 2 biji buah durian.RM 70 bagi 2 biji durian IOI. Selepas bayar durian tadi.Lantas beredar dan segera simpan durian didalam bonet kereta.


 Alhamdulillah, gembira sangat bila tengok anak-anak pun gembira. Syukur sangat! Dapat belanja anak-anak durian yang agak mahal berbanding durian kampung.Durian kampung,biasanya kalau beli mesti isinya pahit dan berasid. Itu yang paling Ina tak suka,kesudahan cerita nanti.Memang Ina jerlah kena makan semuanya..


 Syukur sangat-sangat bila pertama kali dapat nikmat syukur begini.Sebenar-sebenar feel menusuk ke dalam hati.Tak pernah lagi merasai feel begini.Terima kasih ya allah, kerana berjaya terbitkan sebenar-benar perasaan ini.Sepanjang 32 tahun hidup,inilah pertama kali Ina bersyukur bukan hanya pada mulut  sahaja tetapi di hati juga. Tahap Ina bersyukur tu,rasa macam nak menangis pun ada.Perasaan sebak dan terharu juga.



Bukan tak pernah belanja family.Feel dia lain macam.Ini bila Ina belanja,tak harapkan balasan dari Allah.Semuanya dengan rasa best berbelanja. Tak perlu fikir duit tak  cukup ke nanti dan sebagainya hal negatif.





Terliur adalah perkara menyakitkan




Bila bercakap mengenai durian.Mesti ada yang terliur kan? Apatah lagi bila terbau durian.Ya allah, terliur sangat masa jiran-jiran makan durian.Bau durian kan boleh pergi sejauh mungkin bila dibawa angin. Ya Allah,masa tu nak sangat-sangat durian.Mengalahkan orang mengidam mengandung tau.Hihihi.. Ohh,betapa seksanya.


Banyak dugaan bila nak mendapatkan durian ni.Bila duit ada,tiada masa pula nak mencari durian. Kereta rosak dan sebagainya. Memang boleh gunakan khidmat runner,tetapi feel membeli durian tu lain sangat.Rasa seronok tak terhingga tau. Dapat lihat jenis-jenis durian,ohh.Best! 



Ohhh,ye.Ada satu hari tu.Ina pernah terdetik dalam hati. Bestnya kalau dapat makan durian ni.Dah bayangkan bau durian,rasa durian dalam mulut.Betapa feel nya ketika itu.Alhamdulillah, selepas sehari tu.Allah rezekikan kami dapat makan durian. Kesimpulannya, korang jangan bersedih ketika tidak mendapatkan sesuatu,sebaliknya tukarkan kepada berdoa. 



durian isi oren,durian IOI,Musim durian
Isi Oren kekuningan durian IOI




 Tips mengenai durian :



  1.  Hilangkan tangan berbau durian iaitu dengan meletakkan tangan dengan mengalirkan air dibawah kulit durian.
  2. Elak badan panas akibat memakan durian dengan meminum air dari kulit durian.
  3. Memilih durian isi penuh didalam : Pastikan kulit durian tiada kemek atau leper. Jika ada,ada bahagian yang tidak mempunyai isi penuh.Kemungkinan pangsa kosong.
  4.  Jika durian luruh jangan segera buka.Tetapi pastikan diperam beberapa hari terlebih dahulu sebelum dimakan.Ini kerana ia bukan betul-betul masak.
  5.  Jangan jentik durian ketika mahu membeli durian. Ini kerana tindak balas dari perbuatan tersebut akan menghasilkan asid kepada durian.Maka,jadilah durian pahit dan berasid. 




durian IOI,musim durian,cara bersyukur dengan betul
Durian IOI,isi oren



Nanti next entri,Ina akan ceritakan lebih lanjut mengenai kisah syukur lagi ye.Tak selesa pula menaip guna enset.Maklumlah,jari jemari besar.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Mahal durian 101 ni
    Tapi rasanya memang klass

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup,beli setakat nak merasa tu boleh lahh.Hhhih

      Padam
  2. banyak2 durian nak durian kg gak,musim kali ni tak merasa lagi ni ,keliling rumah banyak dah menjual huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. durian kampung ada banyak jenis kan?

      Padam
  3. jalan nak balik rumah aida, tiap hari ada penjual durian.
    ahad lepas, baru dpt merasa 2 biji.
    tapi durian biasa je. just nak merasa. kami bukan kaki makan durian.
    alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah,best juga walau durian biasa.Sebab ina dah serik akan durian kampung,tahun lepas beli buruk.Huhuhu

      Padam