Rasanya sudah beberapa bulan kucing siam ni asyik berkeliaran di luar rumah Ina. Kemungkinan juga,ia kucing dibuang.
Pada mulanya fikir,mesti bertuan.Sebab kucing siam kot. Tetapi melihatkan keadaan kucing yang kurus dan terabai macam tu.Rasanya tidak bertuan.Bulu kucing pun macam kotor je.Seperti baru lepas jatuh dari lopak air yang kotor.
Kucing siam ni,garang tau. Ina yang panggil dia nak beri makan,tetapi dia bunyi macam nak gaduh. Tak suka juga pada mula tu sebenarnya.Garang tak bertempat,bukan lah apa pun.. cuma risau kena gigit jer.Ahaks!
Dan kucing ni,bla Ina nak menjemur kain di parking.Adalah tu kucing ni mengiau bunyi macam garang. Mata kucing ni berwarna coklat.
2 hari yang lepas suami nak berikan kucing siam ni kepada rakannya. 2 kali juga lah gagal nak masukkan ke dalam kotak tu tau.Dia sempat lari keluar dari kotak.Hihihi~ macam ada pengalaman je kan kucing ni kena buang dalam kotak?
Murah Rezeki
Sejak kami seisi keluarga memberikan makan kepada kucing ini. Apa yang kami nampak perubahannya,rezeki kami memang lancar.Malahan bertambah-tambah.Entahlah.. nak percaya sangat kan.Taksub pula yea. Apa pun semuanya Allah Maha Pemurah.
Setiap kali berikan kucing ni makan, mesti Ina berborak dengan kucing ni terlebih dahulu.Hihihi~ rasa seronok sangat bila dapat beri makanan pada kucing ni tau. Happy lain macam dan Ina pun gunakan terus teknik feeling are prayers
Apa yang kami makan, kucing siam ni pun kami beri juga tau.Tak kisah lah .. kadang-kadang ayam, udang dan ikan. Yang dalam gambar tu ikan kerapu goreng. Suami Ina marah betul kalau anak-anak beri tulang ikan semata.Risau katanya jika kucing siam ni tercekik tulang.Itulah kucing ni kerap makan mewah macam manusia. Tolak sayur dan ketam je dia tak makan. Minuman pula berikan susu,maklumlah dalam perut tu ada banyak baby kucing.Kesian pula kang baby dalam tu tak dapat zat.
Kucing bunting
Ina baru perasan.Ingatkan selama ni kucing siam ni kucing jantan.Hihihi~ sebab garang sangat kan.Rupanya betina. Itupun suami yang bagitau,katanya kucing ni nak beranak nanti.Hihihih~
Lepas ni nak cari sangkar kucing supaya dia selesa tidur kat dalam tu.Lagipun sekarang ni dah musim hujan.Risau pula kang,kucing ni beranak merata-rata semasa hujan. Lagipun kawasan perumahan ni ada anjing liar di belakang bukit tu.
Emm, kucing bunting.Ina pun mengandung juga ni. Tak sabar nak jadi bidan kucing.Nak sambut baby kucing tu keluar.Ehehehe. Agak-agak berapa ekorlah yea baby kucing dalam perut tu? Ini first time pengalaman membela kucing terbiar.
8 Ulasan
ada kisah setiap kali si suami bagi makan kucing, dia minta kucing doakan isteri dia hamil sebab lama dah nikah tapi belum ngandung.. mungkin sebab rezeki juga, isteri dia hamil
BalasPadamDekat luar rumah Rabia pun ada 2 ekor kucing comel ni. Bagi makan Nasi dekat diorang.
BalasPadamSekarang kucing dah pandai larikan diri dari rumah...sebab tu banyak jer kucing berkeliaran...kat rumah sewa SA memang ada je kucing orang datang bertandang...tapi biasanya bagi je makan..
BalasPadamhaa,tulah. Banyak juga macam ni. Tapi yang bertuan pun, ada yang tak bagi makan.Kesian pulak
PadamColor kucing tu sama dengan si Pati kucing yang datang rumah Mrs. A terus buat macam rumah sendiri.
BalasPadamOhh..haha. Kalo tak garang okay lah. Yang Ina ni garang, nak main dengan dia pun asyik mendengus. Takutt
Padamalhandulillah ...sangat amazimg story ini..
BalasPadamsangat suka saya membaca
alhamdulillah, semoga berbalik kepada tuan pula kisah happy ini
Padam