GERD adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).
Serangan GERD berlaku
Tahun 2014 ketika itu suami diserang Gerd. Ya Allah, rasanya nak gugur jantung. Pada masa itu Ina sedang mengandungkan Soffea. Dengan perasaan sedihnya, Ina menemankan suami bersama mak mertua ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Suami dikejarkan ke Zon Merah iaitu zon kritikal.Tiba-tiba juga teringatkan arwah pak mertua dikejarkan di zon merah juga sebelum habis nafas. Ketika itu hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan seorang isteri yang sedang mengandung dan mempunyai seorang lagi anak yang masih kecil.
Memang serangan Gerd kali ini agak membahayakan. Suami sesak nafas. Berpeluh badannya. Sambil suami asyik mengatakan dia hidup last day pada hari tersebut. Yang paling menyedihkan hari itu juga segala wasiat telah diceritakan bawa segala nama telah ditukar kepada anak-anak dan Ina. Memang sedih sangat ketika itu.
Agak lama menanti di Zon Merah, doktor bertanyakan samada merokok ataupun tidak. Sebab simptom seperti serangan jantung.Lengan sebelah kiri kebas dan leher mengalami kesakitan.Maka prosedur pemeriksaan jantung , bacaan tekanan darah diambil. Dan ketika itu bacaan tekanan darah memang tinggi 190/90 (Iyelah kan, tengah sakit dan panik. Bacaan pun mendadak naik)
Setelah selesai pemeriksaan dilakukan. Bacaan jantung normal. Cuma doktor bekalkan ubat gerd dan ubat darah tinggi.
Berpantang Makan
Setelah mempunyai pengalaman di serang Gerd, Suami berpantang makan. Tak makan lambat, makan pagi tak skip dah. Dah tak makan sayur yang berangin lagi. Dan makanan pedas dikurangkan. Jika dahulu, suami memang hantu sambal belacan. 1 mangkuk habis dia bedal seorang. Dan makanan segera di kurangkan juga,jika dahulu setiap minggu boleh dikatakan pengunjung setia ke restoran makanan segera.Huhuhu..
Artikel lain : 9 Langkah hilangkan sakit kepala sebelah kanan melalui urutan
Cara elakkan Gerd dari berulang
Makan lebih kerap.
Elakkan snek antara makanan .
Perhatikan bahagian makanan.
Chew makanan dengan betul.
Elakkan minum terlalu banyak air ketika makan.
Petua merawat Gerd:
sahaja. Dikuti malam juga segelas air limau kasturi. Alhamdulillah, tiada lagi serangan Gerd berlaku. Sebelum ini amalkan pelbagai petua semuanya tak serasi dan yang terbaik adalah limau kasturi. Harga pun murah. Dan mudah didapati, kini Ina sendiri tanam pokok limau kasturi tu tau.Berbaloi tanam sendiri dalam pasu.Oh yea, bersenam pun jangan lupa yea. Yang ni janganlah skip dalam kehidupan.
![]() |
3 Ulasan
Sama dengan SA..masa kena attack tu memang rasa tak boleh bernafas..memang rasa nak mati..automatically darah jadi naik tinggi...siap masuk ward..day 2 kat ward darah normal..tapi sebab background family ada darah tinggi so dah kena start makan ubat darah tinggi...sekarang SA masih lagi diserang Gerd tapi tak kerap la..just kena pantau pemakanan je...
BalasPadamhaa, terseksa betul pesakit gerd. Saya yang tengok ni pun rasa takut. Moga SA kembali sembuh dari gerd
Padamalhamdulillah terima kasih atas perkongsian. sangat berguna info ni
BalasPadam