Alhamdulillah, syukur sangat. Rezeki kami sekeluarga bersama kucing-kucing sentiasa ada. Mungkin berkat menjaga kucing ni dulu yang dibuang orang. Orang kata perantaraan allah ialah melalui kucing dalam memberi rezeki.
Kittens ni selepas makan mesti akan cuci muka mereka. Bukan semua sekali, seekor dua macam tu jer yang cuci muka selepas makan.
Kisah kucing ini boleh di baca di SINI .
Kebiasaannya kucing Ina ni 3 kali sehari bagi makan. Sebelah pagi makan dry food brand Royal Canin ( RM 17/ Kg ) Yang ini khas untuk kittens sahaja. Ina ambil yang persian kittens. Salesman kedai kucing cakap takpe, boleh je makan.Tetapi kittens ni tak makan lah pula. Ibu kucing yang berselera nak makan kittens punya makanan.Erkk.. Manakala, dry foods untuk ibu pula adalah RM 33/kg . Alhamdulillah, setakat ni rezeki kucing sentiasa ada.
Dan kittens tu pula makan ibu dia.Errrrkk, tetapi lama kelamaan dah boleh makan kittens tu yang persian food punya.
Beli Ikan untuk dijadikan Stok makanan Kucing peliharaan
Semalam juga, Ina beli siap stok ikan untuk kucing-kucing siam ni semua. Semuanya 5 ekor kucing Ina pelihara setakat ini.Alhamdulillah..lega sangat dapat topup stok ikan mereka ni, beli stok ikan semalam pun hanya 2 kilo sahaja. Yang ini tak pasti berapa lama punya stok. Sebab malas sebenarya nak keluar ke pasar. Kadangkala mood malas ni menyerang jadi malas nak keluar. Orang mengandung macam-macam mood ni ada.
Kucing-kucing peliharaan Ina makan ikan selayang je. Ina tak berikan yang mentah.Risau kecacingan pula nanti. Hanya rebus ikan serta digaulkan bersama nasi. Ikan sehari je sekali makan. Pagi dan petang makan dry food pula mereka ni .
Sekarang ni, jika ada rezeki lain lagi. Ina bercadang nak belikan sangkar yang 2 tingkat pula.Memudahkan kittens ni bermain bersama. Kittens ni sangat aktif tau. Suka sangat tengok gelagat mereka.Memang terhibur sangat.
Kittens ni masih belum diberi vaksin lagi. Tunggu rezeki mereka. Barulah bawa kesemua ke klinik untuk suntikan vaksin.
Tadaaa~ kucing hitam atas ni nama diberi ialah Tamtam. Kucing ini kesayangan Ina. Kittens ada 4 ekor semua, dan anak-anak Ina dah ambil sekor seorang jaga. Dan Tamtam ni pula kesayangan Ina. Semua kucing Ina sayang sebenarnya, tetapi yang ni buat Ina paling jatuh hati. Hihihi~ tengoklah tu. Manja je bila dipeluk begitu. Rasa tenang dan selamat jer gaya kucing ni yea.
Tamtam ni cepat sangat membesar daripada yang lain. Mungkin yang ini abang sulung kot. Gemuk sikit dari lain. Paling lincah dia lah. Tengok mata dia tu, cantik sangat kan?
Saksikan aksi lincah kittens ni bermain di video atas . Sangat lincah dan aktif. Geram nak kena gigit kucing ni semua.
4 Ulasan
Sukanya kalau ada anak-anak kucing comel macam ni
BalasPadamboleh jadi terapi bila ada kucing. Jadi hilang bosan pun iya.
Padamalhamdulillah. kucing ni sentiasa mendoakan tuan dia .. inshaallah lepas ni rezeki sis melimpah ruah..
BalasPadamaamiin yra. Terima kasih..
Padam