BB Cream Rimmel : Sesuai ker untuk Kulit Kombinasi?

Beberapa hari dah menggunakan BB Cream dari Rimmel ni. Kali ini Ina sendiri nak bagi review mengenai BB Cream ni. 


Walaupun produk ni dah lama di pasaran. Nak lah juga review sebagai seorang pengguna. BB Cream ni mudah jer nak cari.Hari tu jika tak silap beli di Watson,dan kebetulan juga ada promosi.Harga selepas promosi pun RM 19.00. Tak tahu mahal ke murah.ehehehe.. Nak cepat punya pasal kan..


Ina memilih kod LIGHT. Dalam watson tu nampak cerah, tetapi bila dah sampai rumah nampak coklat.Ehehehe.. nasib baiklah tak ambil yang lagi gelap dari kod LIGHT. 




bb cream, rimmel, Kulit kombinasi dan bb cream,
BB Cream Rimmel


Baca artikel : Kenali kulit wajah anda 


BB Cream dari Rimmel ni bagi Ina tak sesuai untuk mereka yang berkulit kombinasi.Sebab apa, kulit Ina ni jenis kombinasi. Kulit jadi berminyak selepas menggunakan. 


BB Cream Rimmel bertekstur cecair dan mudah digunakan. Cuma ia berminyak. Tetapi cepat kering bila digunakan pada wajah. Kecewa sangat tau, bila tak sesuai dengan Ina. Sebelum ni guna foundation jenis lain, kebetulan yang jenis Ina gunakan selalu tu kehabisan stock. Jadinya, dengan tergesa-gesa membeli BB Cream dari Rimmel ni. 



BB cream, rimmel foundation, product review
beberapa jam selepas menggunakan BB Cream Rimmel 


Gambar atas ni adalah Ina selepas menggunakan BB Cream Rimmel. Dan menjadikan kulit Ina bertambah berminyak.Mungkin orang kulit normal atau kering sesuai gunakan BB Cream Rimmel ni. Tetapi tidak kulit kombinasi. Atau BB Cream ni ada jenis untuk kulit-kulit yea?? Selepas ini, Ina nak masukkan dalam list jangan beli BB Cream untuk kulit Kombinasi. Tak menghasut pun ekkk. Ini hanya pandangan Ina sahaja. 



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. jarang pkai BBCream tapi ada juga dalam simpnana..
    kadang2 rasa ok pakai kadang2 rasa idok..

    BalasPadam