Cerita hujung minggu apabila bermula dengan mood malas memasak.Ahaks~ betul. Jadi lemau je niih. Sudahnya suami ajak makan tenghari di luar.Alhamdulillah, terus kembali ceria.
Plan asalnya, suami ajak makan tengahari lah.Kononnya, nak terjah kedai makan yang baru viral di laman sosial facebook. Tetapi bila ikut google maps, hahaha. Dari melalu jalan highway, sehinggalah ke arab pusat bandar. Dan akhirnya, makan tengahari di bandar juga lah. Adeii, kelakar betul my husband ni.Konon nak surprise bini dia la.Akhirnya dengan dia sekali yang surprise sebab tak jumpa jalan ke kedai makan tu.
Kedai makan yang kami tujui hari itu hanya kedai makan biasa sahaja.Bolehlah setakat nak kenyangkan perut tu. Alhamdulillah.
Muka senyum.. sebab cuti masak harini |
Okay, muka tu pun takde mood sebenarnya. Gunakan celak mata dan foundation aje.Sebab suami pesan nak makan tengahari sahaja. Rupanya tidak, sampai ke shopping mall jalan-jalan.
Aktiviti dalam shopping Mall pula
Anak-anak yang excited bila si abah yang tanya kereta Perodua Aruz NI |
Jalan-jalan dalam shopping mall dan tiada apa nak dibuat. Suami pun p acah-acah tengok di booth Perodua di situ. Cantik memanglah cantik, Perodua Aruz.Besarlah juga.Sesuai untuk mereka yang berkeluarga. MPV gitu, muatlah untuk 8 orang. Bulanan pun RM 800 juga sebulan jika bayaran downpayment sekian-sekian. Tengok jer lah kami ni, hihihi. Lagipun anak dah nak keluar seorang lagi. Masih memikirkan kewangan keluarga.
Selepas sejam di booth ni, suami pula ajak masuk watson. Hihihi~ apalagi. Rambang mata lah sekejap.Cuci mata jap tengok bahagian makeup. Mula nak tengok-tengok jer ni, kebetulan.. foundation yang sedia ada hampir kehabisan. Dan Ina ni memang jenis sukakan mempunyai koleksi foundation yang banyak. Mudah nak guna nanti. Lagipun kadang kala, suka juga blend foundation ni dengan brand lain.
15 Minit duduk dalam Watson, akhirnya capai
lah juga satu jer barang. Iaitu foundation Rimmel. Beli jenis BB Cream aje kali ini. Ina suka light colour foundation. Oh,kebetulan Sabtu dan Ahad tiada plastik, jadinya Ina tak membeli banyak. Nanti payah pula nak bawa begitu tanpa plastik ni.
BB CREAM Rimmel ni RM 19 after diskaun di Watson |
0 Ulasan