Macam mana nak buat affirmation ni yea?
Dulu diri Ina sangat negatif orangnya. Pelbagai benda nak fikir,kadangkala tu benda yang tak perlu pun rajin betul berfikir. Sehinggalah Ina memahami Affirmation. Affirmation atau dalam bahasa melayu adalah pengukuhan. Nak lebih faham ia lebih kurang macam kita programming minda lah.
Okay, bila kita dah buat affirmation kepada diri sendiri.Insyallah semuanya kita dapat ubah. Maksudnya disini adalah kita berubah kepada diri kita yang baru.Lebih positif dan ceria begitu.
Entri berkaitan : VISUALIZE
Cara Nak lakukan Affirmation :
- Saya bahagia
- Saya sihat
- Saya Kaya dunia akhirat
- Saya cantik
- Saya hebat
- Saya berkeyakinan tinggi
- Saya positif
- Saya adalah kesayangan semua orang
- Saya seorang yang bertuah
- Saya seorang yang sentiasa rasa bersyukur
- Saya excited untuk hari ini
- Rezeki saya lancar hari ini
- Saya berjaya
Begitulah seperti contoh diatas untuk melakukan affirmation keatas diri sendiri. Jika korang ada lagi list,cuba penuhkan. Affirmation hendaklah dilakukan dengan penuh yakin.
Lain orang lain cara affirmation nya , tetapi mengikut cara Ina affirmation ini akan dilakukan setiap pagi dan juga sebelum tidur. Korang boleh rasai sendiri bagaimana perubahan kepada diri sendiri.
entri berkaitan : Hadiah dari ALLAH apabila kita bersyukur
Affirmation ini juga mampu merubah seseorang yang mempunyai aura negatif kepada positif. Bila kita positif aura positif akan memancar kepada empunya badan.Senyuman pun nampak menarik serta hari korang akan berjalan lancar. Ohh, yea. Sambil-sambil melakukan affirmation ini. Korang amalkan juga solat 5 waktu disamping itu lakukan juga dhuha serta rajinkan diri bangun di tengah malam untuk panjatkan rasa bersyukur apa yang telah kita miliki sekarang. Al-quran jangan dilupakan terus.
1 Ulasan
Nice sharing. Kena selalu positive.
BalasPadam