LANEIGE Skin Refiner Moisture | Sudah hampir sebulan menggunakan Laneige Skin Refiner Moisture yang di beli secara online di website althea.
Semakin hari, semakin baik.Semakin cantik kulit Ina.Ahaks! Sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan. Eheeheh.. tetapi betul. Adik-adik Ina pun ada tegur semasa menghadiri kenduri sambut menantu dua pupu. Berbaloi lah dengan harga Laneige ni. Kesan pun nampak cepat.
pengguna Laneige Skin Refiner |
Ini pertama kali Ina menggunakan produk rangkaiann daripada Laneige. Beli semasa ada promosi lah. Itu pun berharga RM 100 untuk sebotol Skin Refiner ni yang bersaiz 200 ml. Besar juga botol nya ni. Nampak betul ekslusif , sesuai dengan harganya serta jenama yang dikenali serata dunia.
Feedback selepas menggunakan Skin Refiner Moisture :
1. Kulit lembut sudah pasti.
2. Bangun pagi kulit tidak berminyak.
3. Mudah nak apply foundation pada wajah. Nampak kemas sahaja.
4. Kulit pun nampak cerah dan bermaya.
5. Paling best, kulit Ina ni nampak tegang tau.Ahaks! seperti buat rawatan di spa seperti yang Ina pernah lakukan dahulu. Rasanya, dah boleeh jimat ke spa yang menelan belanja RM 300 tu untuk satu sesi huhuhu.
6. SuamiIna suka tengok Ina guna Laneige ni, bau wangi dan cepat meresap
6. Suami
Cara Ina gunakan Laneige Skin Refiner Moisture
1. Guna 2 kali sehari.
2. Titikkan 4 titisan Skin Refiner Moisture ke tapak tangan ( kalau korang suka gunakan kapas, silakan. Tetapi mengikut pengalaman sendiri, sangat rugi.Dah lah produk mahal ni. Meresap pada kapas jeee wei)
3. Lakukan urutan manja pada wajah korang tu. Supaya ia meresap jauh ke dalam kulit. Taklah meresap pada tapak tangan sahaja, kang ada yang mengadu tapak tangan je yang halus..Huhuhu. Sedihh.
4. Urutan biasanya Ina akan lakukan 3-5 minit pada wajah.
5. Selamat mencuba
Korang boleh ikut video tutorial seperti diatas yee. Sama sahaja cara urutan dan sapuan serum ataupun moisturizer.
tekstur tak melekit dan juga wangi |
Kesimpulannya, nak beli sebarang produk ni. Jangan ikut orang,jangan dengar cakap orang, sebaliknya cuba dahulu.Sebaliknya ikut akan jenis kulit korang tu.Jenis apa? Sebab ada setengah tu, yang mengatakan produk korea hanya sesuai untuk mereka yang beriklim sejuk sahaja. Jadinyyya, Ina pun mencuba Laneige Skin Refiner ni, dan alhamdulillah.Ia memang serasi dengan kulit Ina yang jenis kulit mamak. Sangat berpuashati dengan Laneige Skin Refiner ni.
0 Ulasan