Penangan Ejen Ali The Movie, Soffea sanggup bangun awal subuh. Adehh. Macam - macam hal budak - budak ni. Suami lah yang bagitahu anak - anak sehari sebelum menonton wayang.
Sara berpuashati dengan Ejen Ali The Movie |
Budak - budak kan, janganlah berjanji. Memang mereka akan ingat dan tuntut apa yang dijanjikan itu. Hihi.. Nasib baik juga abah dia takde kerja semalam. Jadinya, alhamdulillah.. dapatlah kami seisi keluarga pergi menonton wayang semalam iaitu hari ke - 3 tayangan Ejen Ali The Movie di mainkan di pawagam.
Kebiasaannya suami beli tiket secara online sahaja. Tetapi kali ini, berubah angin pula. Beli di machine tiket yang ada disediakan di GSC cawangan Kuantan City Mall. Dah hampir penuh seat. Dan akhirnya, dapatlah beli tiket seat J05 - J09 (seat tengah) .
Tips Bawa Anak Ke Pawagam
Kali ini, seat agak ke depan. Tetapi nasib baiklah tak sakit leher pun. Hurmm, sebab kami sekeluarga lambat beberapa minit masuk ke pawagam. Jadinya, 5 seat kami telah diambil oleh budak - budak lingkungan sekolah menengah. Kata suami pula pada budak - budak tersebut, takpelah. Sama je seat. Huhuhu.. jadinya 5 seat kami ke bahagian tepi hujung.
Ohh yea, kes lambat masuk pawagam pun sebab menunggu Mini sosej. Lambat pula siap. Order lain seperti popcorn dan air sudah siap dibungkus. Beli popcorn 2 ,Tropicana juice 2 , dan bersama 2 botol mineral water semuanya berjumlah RM 26.50 sebab beli ikut pakej tiket yang disediakan . Murah lah sikit kalau amik yg set mau Rm40 tuu.
Sara sempat bergambar di Poster Ejen Ali The Movie
Ejen Ali The Movie
Bagi pendapat Ina mengenai Ejen Ali The Movie ialah best dan penuh aksi.Mula cerita dah mempunyai aksi menarik. Sound yang gempak!
Berbaloi - baloi menonton wayang Ejen Ali The Movie ni, walau ia kartun tetapi tak boring langsung. Kartun animasi yang cantik lagi terbaik. Hidup je kartun ni.
Banyak watak yang menarik. Mengasyikkan bila ada part nyanyian dari Mamak Maju. Dan paling best part Mama Ali tu. Huhuhu~ Ina dah mula menangis bila tengok Ali bersama ibunya walaupun scene tu hanya sekejap. Tapi menusuk ke hati. Ditambah pula dengan lagu sedih. Emm, bergenang airmata Ina. Pada mulanya dapat bertahan lagi airmata ni daripada menitis, akhirnya memang tak tertahan lagi airmata ni. Jatuh juga..
Anak Ina yang berumur 7 tahun pun turut menangis.Hihihi.. Suami je takde feel. Adehhh.. Soffea dan Furqan takde lagi perasaan macam ni, kecil lagi.Ehehehe..
Penangan Ejen Ali The Movie ni, popcorn tak terusik 1 bekas. Hebat lah anak - anak Ina ni semua. Fokus betul mereka ni dengan Ejen Ali.
OST Lagu Tema Filem Animasi Ejen Ali The Movie
Makan Tengahari di Chicken Rice Shop
Selesai menonton wayang, perut masing - masing berkeroncong mula minta diisi. Wayang tamat lebih kurang jam 1.15 petang. Betul - betul waktu makan.
Jadinya , terus singgah restoran favourite kami seisi keluarga iaitu di Chicken Rice Shop. Itu sebab pilihan untuk menonton wayang lebih suka memilih Kuantan City Mall. Di mall ni memang cukup lengkap. Pelbagai kemudahan ada di bawah satu bumbung. Jimat dah masa kan?
swafoto dulu sambil menanti menu dari Chicken Rice Shop sampai |
Disebabkan cuti sekolah, The Chicken Rice Shop ni full house. Akhirnya Ina dapat juga meja. Tapi kecil pula 4 kerusi, meja betul - betul berhampiran kitchen. Nampaklah ayam - ayam tergantung yang baru siap di masak itu.
Bagi korang ibu bapa dan juga peminat Ejen Ali, pergi lah sekarang. Sesekali reward lah untuk anak - anak sempena cuti sekolah tu. Anak - anak yang tak bawa bercuti pun takpe. Janji dapat luangkan masa bersama mereka sudah mencukupi dengan menonton wayang kesukaan mereka.
Okayy, keseluruhan cerita Ejen Ali The Movie ni. Ina bagi 9 dari 10 bintang. Kena sokong dulu produk muslim kan.. ehehe. Lagu - lagu dalam filem animasi Ejen Ali The Movie ni semuanya padu! Sesuai dengan jalan ceritanya.
Dah siap makan tengahari, terus ke lokasi seterusnya. Nak shopping kelengkapan 'Back to School' Sara pula. Nantikan update seterusnya yaa.
0 Ulasan