Patah Lagi Rod Kayu Langsir Rumah ..

Patah lagi Rod Kayu Langsir ︳Berlaku lagi buat kali ke-2 patah rod kayu langsir tingkap ni. Anak-anak punya penangan lah ni.


Di tahun 2023, rumah kami di pecah masuk oleh perompak melalui tingkap ini juga . Boleh baca kisah rumah dipecah masuk bagi tujuan mncuri kereta Subaru


 Sebenarnya hampir 2 minggu rod kayu langsir ni patah. Rasanya rod kayu langsir ni dibeli ganti buat kali pertama awal tahun lepas. Dan hayat rod kayu langsir ni pula tamat bulan Disember 2019..,adeh. Dah macam ada expired pula ehh.

rod kayu berapa harga, rod kayu beli mana, kayu langsir,tingkap 2 panel berapa harga kayu
Rod kayu langsir yang patah



Kejadian ni berlaku awal pagi, semasa Ina update blog. Tak perasan pula anak-anak ni duduk bergayut pada langsir. Tiba-tiba tengah kusyuk menaip entri blog, “ kedebuk ” bunyi jatuh. Rupanya langsir dah terjatuh, rod kayu langsir yang patah. Hmmm... hilang sabar juga sebenarnya. Sebab ini kejadian kali ke-2.


Pesalah tersebut adalah Soffea dan Furqan. Bila 2 orang ni bergabung memang hancur lah rumah. Rumah dah tak jadi macam rumah dah sekarang. Errrr, rumah Ina jer kot . Tu yang kadangkala macam malu jee nak pelawa tetamu datang ke rumah.


Harga Rod Kayu Langsir


Rod kayu langsir ni, harganya mengikut saiz tingkap. Berapa panel tingkap? 1 tingkap murah lagi atau 2 tingkap dan 3 tingkap.Yang paling mahal adalah pintu sliding.

Tapi jika dalam masa yang sama,korang nak yang murah dan bajet bolehlah DIY je rod dengan menggunakan paip Pvc, patah pun tak ralat sangat kan? Korang google lah sendiri, sebab tak pernah buat pun.


Rod kayu langsir ni bukannya kira sebatang tau. Harga mengikut sekaki atau 1 kaki rod kayu langsir ni.


Rod kayu langsir ni patah tingkap 2 panel. Jadinya harga bagi 2 panel tingkap Ina ialah Rm 70, dibeli di kedai Jakel Kuantan. Kayu ni pun ada 3 jenis jika tak silap Ina. Paling murah kayu warna cerah, sederhana harga kayu jenis macam Ina ni. Dan kayu warna hitam adalah paling mahal sedikit harganya.


Beza antara 3 jenis rod kayu langsir ni selain harganya adalah berdasarkan kekuatan kayunya. Paling gelap warna rod kayunya, paling lasak. Kebetulan haritu takde saiz tingkap 2 panel. Jadinya Ina memilih yang jenis warna coklat gelap. Kebetulan memang susah nak keluar,terus lah grab di Alamoda Kuantan.


rod kayu langsir, kayu langsir, langsir rumah perumahan, rod kayu langsir patah


Buruk dah kan rumah Ina ni haa.. Tunggu suami free, bolehlah ajak cari rod kayu langsir ni. Nak drive sendiri memang tak lah,ditambah lagi dengan Ina sarat mengandung ketika ini dan kereta pun rosak pula. Huhuhu...


Hukuman untuk anak-anak kali ini adalah dengan memotong elaun mereka.Ahaks! Tau pula anak-anak tu,bila cakap nak potong duit masing-masing terus cakap tak mahu ulangi lagi. Pengajaran bagi mereka untuk hari kedepan akibat mematahkan rod kayu langsir.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Kesian langsir tu dah kena sangkut gitu je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaa..buat sementara nak tunggu cari rod baru. Redha aje lahh

      Padam