Pengalaman Minum Air Gula kali Pertama di Klinik Kesihatan

Pengalaman Minum Air Gula di Klinik Kesihatan 





pengalaman minum air gula, ibu dengan umur 25 tahun keatas wajib minum air gula, 6 BULAN MENGANDUNG MINUM AIR GULA, tips minum air gula di klinik supaya tak muntah, minum air gula di Klinik Kesihatan



Entri lain :      Cramp kaki semasa mengandung


Minum air gula di Klinik Kesihatan sewaktu mengandung kini dah jadi syarat utama buat ibu mengandung.Iaitu wanita mengandung dengan usia 25 tahun keatas diwajibkan. 


Alhamdulillah, selesai juga check up seterusnya di Klinik Kesihatan Beserah,Kuantan pada hari Khamis. Appointment kali ini adalah sebelah pagi sebabnya kena minum air gula kan.


Awal subuh sudah bangun pagi, dan seperti biasalah.Deria anak-anak ni tajam, seperti tau aje bakal kena tinggal. Kebiasannya Ina angkut jer 3 orang ni ke klinik.Tetapi disebabkan oleh appointment kali ini kena minum air gula dan mengambil masa yang agak lama di klinik,makanya anak-anak perlu ditinggalkan di rumah neneknya buat beberapa jam. 


Kali ini ke klinik suami hantarkan, sebab kaki cramp kelmarin. Suami risau jika cramp lagi sewaktu memandu kereta  sepanjang ke klinik. Jalan pun dah tak larat Ina ni tau nak ke klinik akibat cramp kaki tu. 



Prosedur Minum Air Gula (Pertama kali)  bagi Kandungan 6 Bulan 



1. Seperti biasalah yang pertama kena register dahulu di kaunter nombor. Sampai klinik dah jam 7.15 pagi, pagi ni beratur panjang pula. Kena tunggu staff yang jaga kaunter ni datang.

2. Terus ke bilik 13 ( Bilik cek jaundice baby / bilik minum air gula )

Di bilik 13 ni, step pertama ialah  darah diambil di lengan. Kemudian air gula pula WAJIB minum. Masa ni kan, Ina adalah orang pertama yang datang untuk minum gula. Nurse bancuh  suam. Jadinya memang  laju betul minum air gula ni tau.Sehinggakan nurse pun tegur. 


Nurse : Aik, dah habis minum air gula? Laju betul awak minum?

Ina  : Ehehehe... ( Dalam hati ni, rasa nak termuntah - muntah dah tau. Berapa kali duk membuak dalam perut )


 Selepas selesai minum air gula tu tadi, nurse berpesan suruh datang semula pada jam 9.50 pagi untuk diambil darah selepas minum air gula tadi.


Masa ni Ina tak balik pun ke rumah, risau kang tertidur terus terlajak masa pula.Jadinya tidur di bilik penyusuan sahaja. 


 Selepas minum air gula itu tadi, perut Ina sakit sangat. Aduhh, sakit sangat. Bergelora perut ni selepas minum air gula. Mungkin perut ni tak selesa dengan benda manis. Jika makan sikit manis pun, perut Ina dah sakit membuang. Apatah lagi minum air gula. Rasa nak menggelupur bila minum air gula ni tau


3. Sebelum berehat tadi, kena lengkapkan rutin check up seperti biasa iaitu pergi ke bahagian makmal untuk test urin , tunggu sehingga nama di panggil oleh staff bertugas di kaunter bagi check Hemoglobin (hb ). Alhamdulillah, kali ni hb naik daripada check up bulan lepas iaitu 10 dan check up kali ni pula 11.5 .. 


4. Seterusnya Selesai di bahagian makmal pula terus ke bilik untuk di ambil sekali lagi darah buat kali ke - 2. Darah diambil pada lengan sebelah kanan pula.Iaitu selepas minum air gula ( masa ni tak boleh makan lagi tau. Minum air pun Ina tak berani, tetapi ikutkan boleh je nak minum pun) .

5. Cucuk kancing gigi 1 dos di sebelah bahu. ( jika korang kandungan pertama akan kena 2 kali inject tetapi berlainan hari atau next appointment) . Ina ni dah kandungan ke -4 , jadinya satu kali sahaja. Pelatih yang inject kali ni. Hihihi.. pelatih tu pun menggeletar nak inject Ina tau. Ina sebagai ibu, lagiii lahh risau. Ehehe.. nasib takde apa masalah.Alhamdulillah, lagipun di pantau oleh nurse senior di situ. 


Result minum air gula? Jika korang ada kencing manis, sekejap je pihak klinik akan bagitau. Bagi kes Ina, alhamdulillah.. bebas. Awal pagi dah check sendiri di rumah dengan  bacaan 5 .. 




Tips Minum Air Gula?



1. Korang kena datang awal pagi. Air gula pun masih panas. Suam..


2. Minum dengan satu nafas je. Jangan minum air gula berhenti - henti tau.

3. Kalau rasa nak termuntah, jangan berhenti. Fokus habiskan air gula tu. Cakap aku boleh!!  ehehe.. 


4. Selesai minum dah! Mudah je kan? 
masa ni korang rileks je. Jangan layankan sangat. Seperti Ina, masa ni dah macam - macam rasa. Cepat - cepat cari tempat berehat (bilik penyusuan) . Nasib baiklah tak muntah. 


Ini lah pengalaman pertama minum air gula Ina dengan kandungan yang ke -4 (walaupun takde history diabetes) Iyealah, umur pun dah 32 tahun. Nak tak nak memang wajib. Okay, diharap korang dapat sedikit info dari entri ini. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. nebes pula rasa. esok nak kena minum air gula for second time. aduhh takut lah sangkut huhu

    BalasPadam