Kena admit ward pula selama 3 hari 2 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan | Kali ini pun baby dalam perut bikin suspend lagi.
Sangat mencemaskan apabila janin yang dikandung Ina ni kurang aktif. Janin tak cukup pergerakan.Pergerakan yang normal adalah sebanyak 10 kali. Cukup 10 kali tendangan, maka sihatlah janin kat dalam tu. Tetapi Ina di 30 weeks, baby tidak aktif. Puaslah usaha minum ais, makan manis dan mengiring.Masih tiada pergerakan janin.
Selepas Maghrib, barulah pergi ke bahagian bersalin tu. Apabila sampainya disana. Macam biasalah doktor akan bertanyakan bila last pergerakan janin tersebut. Doktor ambil sample urin, sample lendir ( risau keputihan ) dan turut memeriksa bukaan serviks tak lupa juga memantau jantung baby ( CTG ).
Bukaan serviks ketika ini masih tiada,alhamdulillah. Sebab baru kandungan mencecah 30 weeks. Dan doktor juga memberitahu, ada pesakit ramai yang bersalin pada sebelum matang nya usia kandungan. Adehhh~ risau pula dah masa ni tau.
Doktor scan perut Ina dan memberitahu bahawa, baby songsang. Jika jantung baby lemah, terpaksa di Czer. Haaa, kali ini rasa nak gugur jantung apabila sebut perkataan Czer. 3 orang anak selama ini semuanya normal. Tetapi yang no -4 ni pula songsang.
Ditahan Wad selama 2 malam
Lantas doktor menyuruh Ina ditahan untuk pemantauan. Jika dalam masa pemantauan jantung janin lemah.Memang terpaksa emergency czer katanya.
Jam 11.30 malam, barulah lengkap 10 kali pergerakan janin. Alhamdulillah.. dan seperti biasa rutin di wad staff nurse pantau pesakit. Ada waktu tertentu bagi pemeriksaan tekanan darah, suhu badan ibu mengandung, dan cek CTG ( jantung baby ).
entri lain : Check-Up 7 Bulan Mengandung
Hari last di wad
Baby bikin suspend lagi. Bacaan CTG tak cantik. Pemeriksaan jantung janin dilakukan sebelum discharge dari hospital. Agak sukar mencari bacaan jantung janin ketika ini. Daripada tengahari staff nurse check.Petang barulah dapat bacaan graf CTG yang cantik.Alhamdulillah.
Next appointment pula bertarikh 20/1/2020 pula dengan Doktor Pakar O&G.. tak tahulah doktor nak check apa pula kali ini.
Update :
Pada 31 weeks, janin yang dikandung Ina ni alhamdulillah. Kepala baby sudah turun ke bawah. Baby sudah berpusing kebawah. Syukur Ya Allah!! Check up di klinik kesihatan Beserah pada khamis yang lepas 9/1/2020. Nurse (Zihan) yang check tu bagitau, sebab dia rasa dengan tangan semasa ingin ukur lilit perut Ina. Harapnya begitulah, semoga kepala baby kekal di bawah sehingga kelahiran.Mudah nak push nanti untuk bersalin normal.
Tahan wad di HTAA kUANTAN |
0 Ulasan