cara wax ketiak dengan selamat dan tidak menyakitkan. Korang boleh lakukan sendiri!

Pernah tak korang mencabut bulu ketiak? sudah pasti semua wanita diluar sana rimas dengan bulu ketiak yang tumbuh tanpa kawalan. Jadi, bagaimanakah cara betul wax dengan selamat bagi bulu ketiak? takkan nak bercukur je bagi menghilangkan bulu ketiak itu kan? dalam artikel ini, ada ilmu tutorial buat wanita yang ingin mencabut bulu ketiak tanpa menjadikan ianya kehitaman serta meninggalkan rasa sakit.


Sebenarnya mencukur tak bagus tau untuk ketiak. Ini adalah kerana ia kawasan sensitif. Silap-silap boleh menghitamkan bawah lengan itu. Sudah tak cantik kan? Itu pun nak kena jaga tau.



wax ketiak, kaedah mencabut bulu ketiak dengan selamat, Bikin sendiri wax  ketiak


Walaupun bawah lengan ia kawasan tertutup. Makanya, mestilah lebih penjagaan. Mencukur ketiak  juga boleh menyebabkan kulit korang luka.

Sudah lah luka yang mendapat, lepastu ketiak  pula menghitam dari hari ke hari. Haihhh~~ lagi stress kan? dah tak cantik.

Tips kali ini saya nak ceritakan bagaimana cara mahu mencabut bulu ketiak, tanpa perlu mencukur. Iaitu dengan hanya kaedah WAX sahaja.

 

 

Apakah bahan-bahan untuk waxing ketiak?

BAHAN-BAHAN :

2 cawan Gula Kasar 
1 Biji air perahan Lemon 
Sedikit air

 

 

Proses membuat wax ketiak DIY ( Do It Yourself )



1. Masukkan gula kedalam periuk yang telah di panaskan.Kemudian cairkan gula tersebut.
2. Cairkan gula sehingga ia pekat.Hati-hati ya! Jangan sampai gula tersebut hangus. Kecilkan api.
3. Kacau sekejap dan masukkan pati lemon  kedalam gula yang telah di cairkan tadi.
4. Gaulkan dengan berhati-hati ketika ini.
5. Teruskan mengacau bahan-bahan tersebut sehingga mendapat tekstur seperti yang diinginkan.(Jangan terlalu pekat)
6. Jika tekstur terlalu pekat..campurkan 1 senduk air kedalam bahan tersebut.
7. Biarkan bahan tersebut sedikit sejuk ?( ala-ala suam )



Cara pakai Wax ketiak dengan betul dan selamat

 

 

1. Sediakan kertas kosong...(potong dalam saiz yang bersesuaian dengan bawah lengan) seeloknya kertas berwarna putih ( boleh jer korang nak kertas bewarna warni tetapi tak berapa jelas akan bulu yang di cabut itu..heeee ).

2. Gunakan spatula atau sudu bagi meratakan wax di bahagian bawah lengan. 
(semasa proses wax..,pastikan bahan tersebut dalam keadaan suam)

3. Letakkan kertas strip yang telah di potong dan tampal di kawasan yang telah di sapu wax tersebut.Tekankan..supaya ia melekat dengan betul.Biarkan wax melekat selama 1 minit.

4. Tarik dengan cara pantas. Tarik ke arah atas.. 

5. Lihat hasilnya.

Jika wax masih berbaki di bawah lengan, pastikan ia di cuci dengan air suam. Atau boleh juga mengambil baki soda dengan cara mencampurkan ke dalam air panas.Biarkan suam, dan bilas terus kawasan tersebut.



Bagaimanakah kaedah penyimpanan WAX 

Tempoh penyimpanan wax ini mampu bertahan sehingga 2 minggu lamanya.

Pastikan ia di simpan di dalam bekas tertutup atau disimpan di dalam peti sejuk. (jika ingin menggunakan,cairkan kembali di dalam periuk dan sedia di gunakan)



PERKARA BOLEH dan TIDAK BOLEH semasa melakukan proses wax ketiak

 

Jangan melakukan Wax dalam ketika period

Ini adalah disebabkan waktu sebegini kita akan terasa sensitif. Mudah cepat terasa sakit.

Tetapi selepas seminggu period boleh lakukan.



Cara mengurangi Kesakitan selepas WAX

Yang ini, korang kena tekapkan bawah lengan dengan ais. Bila sudah kebas,insyallah..memang dah TIDAK terasa sakit selepas waxing.

Dengan kaedah ini juga, membuatkan bulu di bawah lengan korang lambat tumbuh.Ini kerana,semasa proses waxing dilakukan..bulu di cabut sehingga ke akar.

 

 

Semoga korang lepasni dah boleh lakukan sendiri di rumah. Dengan kaedah mencabut bulu ketiak secara selamat serta dapat menjimatkan duit belanja korang.

 

Kaedah wax bawah lengan atau ketiak adalah cara paling selamat, selain itu kesan wax menjadikan badan dah tak berbau. Hehehehe. Faktor utama badan berbau ialah bulu kasar bawah lengan itu. Selamat mencuba... 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. tak pernah buat wax lagi
    nice entry

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi tahu cara buat wax homemade ni. mudah je rupanya. thanks share!

    BalasPadam
    Balasan
    1. almost welcome.. ok,pasni wat sendiri je k

      Padam
  3. Boleh buat sendiri rupanyaa. Thanks sharing Kak Ina. Nak beli macam mahal je dekat luar sana.

    BalasPadam
  4. tak berani nak buat..sakittt..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh guna ais untuk kasi kebas,ataupun beli numb cream

      Padam