Hari pertama sesi persekolahan bagi sesi tahun 2020 ni Sara dah memasuki darjah 2. Alhamdulillah.. dia pun dah semakin cerdik nampaknya.
Bangun pagi dah tak meragam lagi, bukan budak kecil je tau. Ahaks! Sara ni pun, masa darjah 1 meragam dulu. Nak mandi duduk dalam tandas 20minit, lepas tu barulah dia mandi. Berbeza tahun 2020 ni, dia dah bijak sedikit. Takde drama apa dah. Harap seterusnya begitulah..
Pagi-pagi lagi, mama dah goreng hotdog dan donat untuk bekal ke sekolah Sara. Tak lupa juga botol air masak.Memang tak lupa.
Hari pertama persekolahan mesti kantin sekolah akan penuh dengan budak-budak serta ibu bapa yang temankan anak-anak waktu rehat. Seperti tahun lepas, ada anak-anak yang tak sempat makan pada waktu rehat.
Tahun ini, Ina dah tak jenguk lagi Sara waktu rehat. Sebab dah besar kan. Lagipun Sara sendiri yang pesan pada mama. Katanya, suruh mama berehat kat rumah je. Katanya Sara lagi, dia kesian tengok mama Sarat mengandung ni.
Start dari semalam lagi, semasa pergi shopping barangan baby dan topup sedikit barangan sekolah. Contraction dah mula menyerang. Selama 30minit juga braxton hicks menyerang.
Balik sekolah pula nanti, mama tetap ambilkan Sara. Slow-slow gerak.. hihi. Ini pun dah mula sakit-sakit.
0 Ulasan