Sebenarnya harini Ina memang tak larat. Kan baru beransur pulih dari bentan urat tu. Selsema lagi, asyik melepet jelah di ruangan menunggu di wad SCN 1 tadi (sementara giliran tiba).
Appointment di KK Beserah
Walau pagi tadi ada appointment di Hospital. Sebelum tu, Ina singgah ke KK Beserah terlebih dahulu selesaikan urusan baby Yusuf disana. 4 botol darah juga tau. 3 botol saiz kecil dan 1 botol bersaiz minyak attar saiz besar panjang tu.
Ketika proses darah diambil baby Yusuf ditinggalkan di dalam bilik rawatan bagi memudahkan kerja-kerja nurse mengambil darah baby. Alhamdulillah, baby tak menangis pun. Prosedur baru lah kot ni. Semasa berpantang bersalin Furqan tahun 2017, mak baby boleh masuk sekali tau untuk melihat proses darah baby diambil. Kali ni lain.. tahun 2020 kot eh. Tapi takpelah. Tak kisah pun mana-mana.
Selesai urusan di KK Beserah jam 9.15 pagi. Lantas Ina bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Wad SCN 1, Appointment Baby
Disebabkan baby susut berat badan selepas dilahirkan. Dan dalam kategori high risk.Baby Yusuf kena follow up di wad scn ni bagi pemantauan baby secara berkala.
Alhamdulillah, 21 hari usia baby Yusuf pada harini 28 Februari 2020. Berat baby naik 2.9kg berbanding semasa lahir 2.5kg kemudian susut di NICU (2.48kg) .
Perkembangan baby Yusuf sangat positif. Pandai menyusu, berat dah naik, tiada masalah pernafasan dah. Pernafasan sudah stabil di ketika ini. Syukur sangat Ya Allah. Baby Yusuf paling kuat menyusu. Baby boy kannn? Cepatlah dia membesar. Dan kuat juga membuang. Hihihi.
baby yusuf |
Selepas ini, baby yusuf dah tak perlu lagi follow up di Hospital bagi weight monitoring untuk bulan 5. Syukur! Sebab doktor pakar bagitahu baby sihat. Alhamdulillah.
Nak baca tak kisah Ina bentan? Nanti Ina ceritakan di next entri pula yea. Seksa sangat bila bentan ni.
0 Ulasan