Di Trimester ke-3 mengandung macam awal mengandung pula..

Trimester ke-3 Mengandung macam awal mengandung pula | Lain orang, lain pengalaman mengandung kan? Lain anak, lain pula masalah ketika mengandung ni. Kandungan ke-4 ni memang lain sangat.


 Sejak memasuki trimester ke-3 mengandung ni, badan memang lembik. Sebiji macam awal mengandung haritu. Badan jadi lembik,lemah, mual. Dan paling tak best ni, asyik mengantuk je siang hari.Huhuhu.. Lepas tidur je, baru badan terasa segar. Bukan tak makan vitamin yang doktor bekalkan tu,makan. Siap beli supplement amway lagi tau untuk kalsium.Sebab kes cramp semasa kandungan mencecah 7 bulan.


Mengidam Almond London


 Bila dah masuk trimester 3 mengandung ni, mengidam pun boleh tahan. Tetapi nasib baiklah mudah dapat. Dan baru-baru ni asyik nak makan almond london je.Suami sampai naik risau tau. Mana lah taknya, kang risau sangkut kencing manis di akhir kehamilan Ina.


 Nasib baiklah jiran hujung taman ni ada jual almond london. Jadi, taklah susah mana. Kena dengan tekak Ina almond london dia buat ni. Harga pun Rm25/40pcs.


 Pinggang Ina pun sudah 2 hari sakit-sakit. Adehh,lenguh. Rasa macam nak putus 2 pun ada juga pinggang ni. Tak larat sangat nak berdiri lama dan jalan-jalan lama. Perut pula kebawah sangat ni ketika usia kandungan mencecah 34weeks. Risau pula sekarang ni.Memandangkan sekarang sudah memasuki bulan 2. Due date 13.3.2020 tetapi doktor bagitau estimate awal seminggu dari tarikh.

Tengah bulan Februari ni pula, ada appointment dengan doktor pakar O&G . Final dah. Kemungkinan doktor nak bagi tarikh untuk induce . Adehhh, risau pula. Sekarang ni pun dah tak larat nak bawa perut. Tidur mengiring pun baby dah mengeras sekarang.


almond london, mengidam almond london,
Almond london ni lah yang duk mengidam sangat sewaktu mengandung



almond london kuantan, almond london,biskut raya
nahh.. details seller yang jual almond london tu



Catat Ulasan

0 Ulasan