Entahlah, mungkin dah nasib jadi begini. Berpantang sendiri di rumah. Suami pula kerja. Ada pun suami, waktu petang sahaja selepas waktu bekerja. Selebihnya Ina sendiri uruskan. 4 orang anak.. adehhh.
Berpantang kali ini, mak abah datang jenguk sekejap je. Malas nak susahkan orang tua Ina. Lagipun, kesian pula. Takpe, boleh uruskan diri dan anak-anak lagi 3 orang. Ego kan Ina?
Sebelum berpantang hari ke 18 tu, Ina dah tak mandi air serom. Kononnya dah sihat sepenuhnya. Sebab bawah pun tak sakit. Skinnick! Tak tahu lah betul ke tak ejaan tu yea. Skinnick tu bersalin tanpa koyakan. Disebabkan itu, Ina dah rajin buat kerja-kerja rumah. Jalan pun dah laju kemain. Adehhh! Tetapi malang tidak berbau. Kaki tersepak 2 kali di almari dan bucu katil. Dan kali terakhir sebelum demam tu, Ina terjerit kat anak-anak. Pergggh! Memang terasa urat kaki tu tertarik.
Malam Sebelum demam
Kepala dah start sakit-sakit ketika ini. Guna pilis .. baik yang air mancur dan Sari Ayu Semuanya tak jalan. Tetap sakit.Seolah nak meletup pun ada kepala ni ha.
Malam tu,.Ina dah start sakit kepala. Lutut dan belakang pelipat dah rasa bisa. Halusss je sakitnya. Seolah nak tercabut je kaki ni. Suami picitkan kaki-kaki Ina, tapi masih sakit. Angin memang banyak yang keluar tetapi tetaplah sakitnya.
Malam tu juga, asyik menangis je. Sakit tak tertahan. Huhuhu.. kepala dah mulai panas berbahang.
Keesokan paginya, Ina memang tak tahu pun demam. Fikirkan nak cepat ke klinik untuk repeat check up jaundice baby yusuf, lantas Ina mandi air sejuk je bukannya air serom herba tu. Menggigil! masa ni memang tak tau. Fikir menggigil sebab kesejukan pagi.
Sesudah sampai ke klinik. Baby yusuf siap ambil darah di tumit kaki bagi mengetahui bacaan jaundice. Dan Nurse pula check up Ina, detect terus demam. Bacaan suhu 38.6!! Adehhh! Nurse kat situ dah panik. Seterusnya masuk pula ke bilik doktor.. Ina dah memang tak larat masa ni tau. Rasa macam kertas je badan Ina ni. Bagaikan kertas ditiup angin.
Entah bila, Ina rupanya pengsan untuk beberapa saat di klinik. Ina terjatuh dalam bilik doktor. Masa ni, memang Ina baring je atas kerusi tu.. menyandar. Dengan keadaan Ina macam ni, doktor KK terus call doktor pakar di HTAA.
Dan, doktor disana meminta Ina terus ke Hospital bahagian Emergency dengan menaiki ambulans. Entahlah, Ina tak dengar masa tu pun. Nurse bagi paracetamol 2 biji dan Ina balik ke rumah bersama suami.Hihihi.. Jam 1 petang, barulah Ina ke Hospital. Alhamdulillah, Ina tak kena warded pun sebab suhu badan dah pun turun ke bacaan normal 35. Doktor di Hospital hanya masukkan air sebotol sahaja. Darah pun diambil untuk mengesan samada demam denggi atau sebaliknya.
Doktor : Kenapa datang sini?
Ina : demam dan selsema?
Doktor : Berapa hari dah demam?
Ina : 1 hari.
Doktor : selsema tu, hingus warna apa? Hijau, kuning atau putih?? (dengan muka panik)
Ina : haaa.. ?? Putih lah. Hingus normal.
Bentan? Apa nak buat??
Selepas pulang dari Hospital apa yang Ina buat adalah
1. Bertungku 4 kali sehari
2. Makan mengikut masa ( 3kali sehari makan)
3. Cukup minum air masak ( minum kerap tetapi dalam kuantiti sedikit)
4. Mandi serom
5. Repeat Berurut
Kali ini, Ina try gosokkan rambut dengan limau purut. Masyallah! Rasa betul-betul nak berterima kasih pada buah tersebut tau.Ahaks! Bila je gosok dengan buah limau purut tu, tetiba sakit kepala boleh hilang terus. Allahuakbar! Asbab sangat nak jadi serasi dengan Ina waktu ini. Kalau tak, mata nak buka luas pun tak larat sangat dah. Macam ada benda jee tindih atas kepala ni haa. Sakit gilerr, sebab tu seolah nak meletup je kepala ni haa.
Petang tu pula, demam lagi. Demam On Off. Keesokan harinya, demam lagi. Mujurlah Ina sambung berpantang di rumah mak. Alhamdulillah, syukur masih ada lagi kedua orang tua Ina. Merekalah banyak membantu Ina dalam berpantang kali ini.
Anak-anak 3 orang tu, suami uruskan. Ina dan baby berpantang di rumah mak. Mudah-mudahan Ina dapat habiskan pantang dalam keadaan sihat bersama baby yusuf.
0 Ulasan