Sebelum ini saya pernah bercerita mengenai Tips Elak dari perkara melalaikan (LAGHA)
Saya sering mendapat pertanyaan di Whatsapp dan juga messenger.
Baru-baru ini pula, seorang rakan ghostwriter saya bertanya. Bagaimana sales awak asyik masuk aje. Sentiasa ada dan tak putus. Kata kawan ghostwriter saya tersebut.
Antara amalan yang saya buat untuk rezeki lancar dan mengalir laju adalah seperti dibawah.
Mendapat restu dari pasangan atau mak ayah
Saya meminta izin suami terlebih dahulu untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan iaitu sebagai penulis upahan. Suami izinkan.
Jadi, jika anda mempunyai pasangan dan masih dalam penjagaan mak ayah. Saya cadangkan anda minta restu mereka dahulu.
Ingat! Paling berkat jika mereka restu apa kerja yang kita lakukan.
2. Anak - anak
Anak-anak pun penting. Salah satu asbab rezeki datang kepada kita mereka yang sudah berkahwin.
Kita jaga mereka dengan penuh kasih, belaian dan perhatian. Belanja (rewards) anak-anak.
Saya pula, setiap kali dapat job menulis. Saya akan belanja anak-anak terlebih dahulu. Tak semestinya perlu membeli barangan mahal. Bila mereka gembira, anak-anak kita ni suka mendoakan mak ayah.
3. Jaga Emosi pasangan
Pasangan kita nak juga kita berikan sepenuh perhatian. Kita jaga pasangan kita sebaiknya. Jaga hati dan perasaan pasangan. Jika anda membuat kesalahan pada pasangan, segera meminta maaf.
4. Mak Ayah
Alhamdulillah, jika kita masih ada mak ayah. Masa ini lah kita hargai mereka.Kita gembirakan mak ayah. Belikan apa-apa untuk mereka tanpa mereka minta. Kita hulurkan sedikit wang ringgit pada mereka. Takde duit, sedikit pun jadi. Sebab rezeki kita tersekat kerana tak beri duit pada mak ayah. Kunci rezeki!
Dan, emosi mereka pun kita jaga. Kita layan elok mereka. Jaga hati mak ayah kita. (Alahai.. sedih pula tiba-tiba saya ni sambil mengingatkan mak ayah saya yang duduk jarak 2 3 kampung je merentas.. hahaha )
5. Sedekah
Yang ini paling powerful. Ya Allah! Memang betul-betul berkesan. Tetapi pantang larang sedekah ni ada. Jangan terlalu mengharapkan balasan.
Zakat Perniagaan
Sila bayar bagi orang berbisnes. Jika sales banyak, kena bayar zakat dengan peratus dari keuntungan. Yang ini, sila rujuk website negeri masing-masing.
6. Baki selepas membeli barangan cod jangan ambil
Biasa memang saya tak ambil baki membeli barangan secara cod. Niat saya memang upah untuk seller tersebut. Bila saya tengok muka mereka itu, rasa sebak pula. Ada yang mendoakan saya murah rezeki. Riak muka tersebut dari muka kelat bertukar ceria. Alhamdulillah..
Dari baki tak sampai 2 angka itu saya berikan kepada seller tersebut. Allah gantikan saya dengan rezeki lain. Allah beri saya sales 3 angka pada hari ini. Allahuakbar! Sungguh tak sangka.
7. Selalu berbelanja
Yang ini, saya berbelanja dengan bebas. Tanpa memikirkan duit habis. Bagi saya seronok. Seronok sangat dapat membahagiakan keluarga saya serta mak ayah dan adik-adik lain. Yang saya pelik, setiap kali duit habis berbelanja, allah gantikan dengan cepat aliran wang masuk.
Mak saya pernah bertanya.
"Selalu sangat berbelanja".
Lalu saya menjawab..
Masa ni jer, masa masih hidup. Kena lah gembirakan orang sekeliling mak. Tak tahu bila kita meninggal. Moga ini saham kaklang di akhirat kelak.
8. Solat awal waktu
Solat wajib jaga. Segerakan solat apabila masuk waktu. Kadang kala, rezeki kita lambat sebab kita tak jaga solat.
9. Zikir dan selawat setiap hari
Saya selalu amalkan zikir-zikir di awal pagi. Terutamanya selawat tafrijiyah. Anak-anak pun dah boleh ikut baca setiap hari.
Ini pun betul. Jiwa tenang dan lapang. Minda cergas dan cerdas.
10. Selalu bersangka baik
Kita mesti bersangka baik. Selalu berfikiran positif. Jangan takut-takut untuk bersedekah dan beramal.
Jangan pernah risau akan rezeki kita. Allah sudah tetapkan dari awal lagi. Cuma kita yang tidak yakin pada diri sendiri.
11. Taubat
Boleh diamalkan setiap kali selepas solat fardhu . Solat taubat dan witir. Minta pada Allah cuci diri kita segala dosa.
Kita tak sedar secara sengaja atau tidak kita melakukan dosa.
12. Jangan Dengki
Yang ini pun paling berbahaya jika kita tak jaga hati kita.
Sebaiknya kita jangan pernah ada perasaan dengki. Sekali kita dengki, Allah akan menarik segala nikmat apa yang Allah ingin berikan pada kita.
Sebab itu rezeki sukar masuk. Sebab asyik dengki akan kesenangan orang lain. Asyik bercakap akan hal orang lain
Begitulah tips dan amalan yang saya amalkan untuk rezeki lancar serta mengalir laju. Anda pun boleh mencuba.
Saya berniat untuk rezeki lancar dan laju mengalir seperti diatas lakukan perkara seperti saya akan mati esok hari. Serta dengan penuh keyakinan,insyallah. Apa-apapun Kun FA Yakun. Allah nak terjadi kan 'sesuatu', bila-bila masa boleh jadi. Jadi, percaya lah janji-janji Allah.
Andai rezeki anda lambat atau tidak lancar. Bertenang! muhasabah kembali diri.
3 Ulasan
Selalu kalau belanja orang tetibe dapat job dari PR.
BalasPadamIn syaa allah
BalasPadamSama2 kita amalkan mudah2an murah rezekinya.
ya, betul tu. Semoga rezeki yang datang ini juga berkat dan berzat. Aamin
Padam