Untuk pengetahuan semua, di Kuantan ini terdapat satu Pusat servis kereta yang dimiliki oleh anak melayu yang bernama Saifonnizam Md Zin. Beliau berasal daripada Perlis Indera Kayangan. Beliau mempunyai staff seramai 5 orang yang berkemahiran tinggi dalam bidang automotif.
Pusat Servis Luxurious Pro One Tyre & Services ( BMF ) di Kuantan
Lokasi
Pusat servis ini beralamat di 60/71-A BT 3 Kawasan Perindustrian Jalan Gambang, 25150 Kuantan Pahang.
Antara servis yang disediakan oleh pusat servis Luxurious Pro One Sdn Bhd kepada pelanggan ialah :
1. Menukar absorber.
2. Menukar drive shaft.
3. Membuat servis pertukaran minyak : minyak hitam dan minyak brake.
4. Menukar brake pad, brake disc
5. Menukar bearing.
5. Menjual dan memasang tayar baru dan tayar recond.
6. Membuat alignment , balancing dan menukar chamber.
7. Juga merupakan Dealer minyak hitam LUBREX.
8. Dealer kepada ZETA TYRE di Kuantan.
Dealer ZETA TYRE di Kuantan
Pusat Servis Luxurious Pro One Sdn Bhd Tyre and services juga merupakan Dealer tayar kepada jenama ZETA TYRE.
ZETA TYRE adalah produk muslim. Jenama tayar yang setanding dengan jenama terkemuka di dunia.
Rata-rata pengguna tayar jenama TYRE ini mengatakan, mereka sangat-sangat berpuas hati. Tayar memang mencengkam kuat sewaktu corner ketika memandu.
Kelebihan tayar Zeta
✔ Tayar yg mempunyai prestasi yang tinggi untuk semua jenis kenderaan
✔ Zeta mempunyai reka bentuk bunga yang advance dengan reka bentuk sisi yang sangat bergaya untuk semua jenis golongan Rakyat Malaysia.
✔ Keselesaan pemanduan yang sangat baik.
✔ Jaminan jangka hayat bunga tayar 100,000KM / 2 Tahun.
✔ Harga yg berpatutan
✔ Mengandungi silica compound dimana ia meningkatkan daya tarikan ketika jalan basah dan kering.
✔ Mengandungi polyster body ply, steel belts lebih luas serta ketumpatan tinggi nylon yg melindungi serta mengurangkan tayar berubah bentuk. Meningkatkan ketahanan dan kestabilan tayar.
Customer berpuashati dengan tayar zeta |
TIPS ASAS PENJAGAAN KERETA
• Setiap 2 minggu atau 5000 km (yang mana dahulu)
• Setiap bulan atau 2000 km (yang mana dahulu)
• Setiap 3 bulan atau 5000 km (yang mana dahulu)
• Setiap 6 bulan atau 10000 km (yang mana dahulu)
• Setahun sekali atau 20000 km (yang mana dahulu)
• Setiap 2 tahun atau 40000 km (yang mana dahulu)
• Setiap 3 tahun atau 60000 km (yang mana dahulu)
• Setiap 5 tahun atau 100000 km (yang mana dahulu)
1.1 Setiap 2 Minggu atau 5000 km (yang mana dahulu)
• Periksa paras minyak pelincir dan kelikatannya. Tambah jika perlu
• Periksa paras coolant (cecair penyejuk) di tangki radiator dan radiator reserve tank . Tambah jika perlu.
• Periksa paras cecair pembersih windscreen. Tambah jika perlu.
1.2 Setiap bulan atau 2000 km (yang mana dahulu)
• Periksa keadaan tayar dan tekanan anginnya.
• Periksa paras Cecair Transmisi (ATF). Tambah jika perlu.
• Periksa paras Cecair Brek. Tambah jika perlu.
• Periksa paras Power Steering. Tambah jika perlu.
• Periksa paras Air Bateri. Tambah jika perlu.
• Pastikan lampu berfungsi.
• Perhatikan tempat letak kereta jika terdapat tanda-tanda kebocoran
• Sapu Wax kereta (untuk melindungi cat).
1.3 Setiap 3 bulan atau 5000 km (yang mana dahulu)
• Periksa ketegangan Auxiliary Drive Belt (cth. Alternator Belt, Aircond Belat).
• Periksa keadaan Bateri.
• Periksa sesalur (Hose).
• Periksa pengelap windscreen (Wiper).
• Periksa sistem Ekzos
1.4 Setiap 6 bulan atau 10000 km (yang mana dahulu)
• Tukar Minyak Pelincir dan Oil Filter ( Setiap 6 bulan / 10000 km atau 3 bulan / 5000 km - Sila rujuk manual kereta anda (Car Owners Manual).
• Periksa Sistem Suspensi (Suspension System) - Shock Absober.
• Buat Tayar Rotation dan Balancing.
• Selaraskan Karburetor (Untuk kereta yang menggunakan karburetor).
• Periksa Fuel Filter.
• Tukar Pengelap Windscreen ( Wiper )
• Bersihkan Air Filter.
1.5 Setahun sekali atau 20000 km (yang mana dahulu)
• Flush Radiator dan Tukar Coolant.
• Servis Penyaman Udara (Air-Conditioner)
• Tukar Air Filter.
• Periksa Sistem Brek termasuk Brake Lining, Rotor dan Drum.
• Periksa Sistem Pengecas Bateri (Charging System - Alternator).
• Buat Imbangan dan Penjajaran Roda (Wheel Balancing and Alignment)
• Tukar Fuel Filter (untuk kereta yang menggunakan karburetor).
• Buat Chasis lubrication.
• Tune up Enjin
1.6 Setiap 2 tahun atau 40000 km (yang mana dahulu)
• Tukar Cecair Transmisi Manual, Filter dan Gasket Tangki.
• Tukar Cecair Tarnsmisi Automatik (ATF), Filter dan Gasket Tangki
• Tukar Fuel Filter (untuk kereta yang menggunakan Fuel Injection)
• Sapu gris pada Wheel Bearing.
• Minyakkan (Lubricate) semua engsel dan ibu kunci
• Tukar Cecair Brek (Brake Fluid)
• Tukar Spark Plug
1.7 Setiap 3 tahun atau 60000 km (yang mana dahulu)
• Periksa wayar-wayar pada ignition (Tukar jika perlu)
• Periksa Sistem Penyejukan (Cooling System). Tukar jika perlu (Hose).
• Periksa ketegangan dan keadaan Timing Belt.
• Tukar Bateri (Jika perlu)
1.8 Setiap 5 tahun atau 100000 km (yang mana dahulu)
• Tukar Timing Belt dan Auxiliary Belts (cth. Air Cond Belts, Alternator Belts)
Tips-tips di atas ialah panduan penjagaan kereta jika anda memandu secara biasa. Pemanduan Lasak memerlukan perbatuan yang lebih rendah sebelum servis. Jadual di atas juga berdasarkan kepada masa penyelenggaraan iatu secara umum yang selalunya dicadangkan. Oleh itu adalah lebih baik dan tepat sekiranya Manual Kereta (Owners Manual)anda dirujuk untuk mengetahui Jadual Penyelenggaraan yang bersesuaian dengan kereta anda.
Elak Pengguna Ditipu
Antara pusat servis kereta yang berdaftar dengan Persatuan Automotif Prosper Malaysia ( PAUPM ).
Antara servis yang disediakan ialah perkhidmatan towing . Jika anda berada di dalam Malaysia, andai kata kenderaan anda rosak. Hubungi terus nombor 013-4522137 ( Pak Tam ). Bukan kami yang towing yea. Tetapi persatuan kami akan uruskan masalah anda tadi. Anda akan berurusan dengan orang betul-betul boleh dipercayai. Kenderaan yang rosak tadi akan dibawa ke bengkel berdaftar.
Antara kelebihan yang disediakan oleh Pusat Servis Luxurious Pro One Sdn Bhd Tyre and services ialah kemudahan surau, tandas yang bersih, pusat servis yang bersih , ruangan menunggu yang selesa disediakan. Serta juga dihidangkan bersama kudapan sementara menunggu kereta siap.
Bagi anda yang yang sedang mencari pusat servis BMF di Kuantan, boleh pergi ke pusat servis Luxurious Pro One Sdn Bhd Tyre and services. Anda boleh dapatkan minyak hitam LUBREX yang mana ia juga produk keluaran muslim.
Ikuti laman sosial media berikut untuk perkembangan lanjut
Facebook : Luxurious Pro One Sdn Bhd Tyre and services
Instagram : Luxurious Pro One
Hubungi : 0134522137 Pak Tam
2 Ulasan
Sokong perniagaan anak bangsa
BalasPadamgood sharing..:)
BalasPadam