Doa untuk elakkan serta hilangkan sifat malas | Kadang kala, sifat malas boleh menyinggah dalam diri kita. Manusia tiada yang sempurna. Tetapi jika dibiarkan ia berlarutan kita berada dalam kerugian di dunia dan juga akhirat.
Sifat malas ini ada pelbagai iaitu malas bekerja, malas menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, malas ingin berusaha dan sebagainya.
Jadi, bagi mengatasi masalah malas. Anda yang membaca artikel saya ini, bolehlah mengamalkan doa ini. Potongan dari ayat Al-Mathurat. Iaitu
اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙ‰ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْÙƒَسَÙ„ِ، ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْجُبْÙ†ِ، ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْÙ‡َرَÙ…ِ، ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الْبُØ®ْÙ„
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, dan aku berlindung kepadamu dari sikap penakut dan kedekut dan lingkungan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6371)
📌📌Islam juga melarang umatnya untuk bermalasan kerana ia sifat orang-orang yang rugi, sebaliknya Islam menuntut agar umatnya untuk berusaha semampu yang boleh.
Doa ini boleh dibaca setiap pagi dan juga petang.
Akhir kata, janganlah kita bersikap bermalasan yang mana ia merugikan diri sendiri serta bagi yang bekerja pula mampu merugikan syarikat di tempat anda bekerja. Jadilah insan yang proaktif dan berguna untuk agama dan bangsa. Nak maju kedepan, kita tak boleh ada sifat malas. Korbankan sedikit masa anda itu.
1 Ulasan
Memang bagus amal doa ini, sebab bila sifat malas bersarang susah nak buang.
BalasPadam